School Work

PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM

Description
PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM Wan Hassan Wan Embong Sulaiman Shakib Mohd Noor Zulkiflee Haron Mohd Nasir Ripin Faculty of Islamic Civilization, Universiti
Categories
Published
of 17
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Related Documents
Share
Transcript
PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM Wan Hassan Wan Embong Sulaiman Shakib Mohd Noor Zulkiflee Haron Mohd Nasir Ripin Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia, Suggested Citation: Wan Embong W. H., Mohd Noor S. S., Haron Z., & Ripin M. N.(2013). Penggunaan BBM dalam Pendidikan Akidah: Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam in Seminar on Science & Technology 2013 on 1 st Oktober 2013 by Fakultas Sains dan Teknologi UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta and Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia, p ISSN ABSTRACT Pendidikan akidah merupakan tunjang dalam pendidikan Islam bagi menghasilkan modal insan yang lengkap selaras dengan keperluan negara. Lantaran itu, pengajaran subjek ini perlu diberikan perhatian kerana sifatnya yang subjektif dan berfalsafah sukar dikendalikan oleh guru. Kajian kualitatif ini adalah bersifat kajian kes yang bertujuan untuk melihat kedudukan motivasi dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam pengajaran akidah di dalam kelas. Responden kajian adalah terdiri daripada empat orang Guru Cemerlang Pendidikan Mam (GCPI) di sekolah Menengah sekitar Johor Bahru. Dapatan menunjukkan BBM sangat membantu guru dalam pengajaran pendidikan akidah. Ia mampu memotivasi pelajar dalam pembelajaran di dalam kelas. BBM yang menggunakan teknologi seperti video dan animasi sangat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. REFERENCES Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail Pendidikan akhlak dalam KBSM: Persepsi pelajar terhadap konsep akhlak. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri I ). Kurikulum Bersepadu Pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdullah Nasih Ulwan Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam. Terjemahan Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional. Adnan Yusopp Kurikulum barn Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia menghadapi era globalisasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). Kurikulum Bersepadu Pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. him Ahmad Mohd Salleh Pendidikan Islam: Falsafah, pedagogi dan metodologi. (Edisi Semakan). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Al-Attas, Syed Mohd. Naquib Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam. (Teij. Samsudin Jaafar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Al-Syaibani, Omar Muhamad al-toumy Falsafah Pendidikan Islam. Terj. Prof Dr Hasan Langgulung. Shah Alam: Hisbi Al-Tusi Akhlaq al-nasiri. Wickens, G.M. (teij.) The Nasirean Ethic. London: George Allen & Unwin Ltd. Ali Ab. Ghani Membangun Modal Insan. Kertas keija Utama Konvensyen Nasional PIPP Kedua November 2008 di Institut Amunudin Baki Genting Highland Pahang. Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Amuli, Jawad Rahsia-rahsia ibadah. Teij. Jalad Muammar. Bogor: Penerbit Cahaya. Asmawati Suhid Kesesuaian subbidang pembelajaran adab dan akhlak Islam KBSM menurut persepsi guru. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Kebangsaan (Siri 3) : Perkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam: Antara Tradisi dan Inovasi, hal Asmawati Suhid Persepsi guru dan pelajar di Selangor terhadap kesesuaian pengagihan komponen adab dan akhlak Islam dalam Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Putra Malaysia. Azma Mahmood Pengukuran Tahap Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah di Malaysia. Tesis Ph.D Universiti Kebangsaan Malaysia. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. (2012). Data salah laku disiplin murid. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2009). Didik generasi muda tanggungjawab setiap muslimhttp:// nday/agama/ /article/index_html. Dimuat turun pada 25 Mei Fatimi Hanafi & Mohd. Zamani Ismail. (2006,13-14 Jun). Penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kertas keija yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pengajian Umum. Harery Abu Saad. (2007). Perkaitan penghayatan akhlak, sikap terhadap sains, pencapaian dan pemilihan kerjaya di kalangan pelajar dalam konteks pembangunan modal insan bersepadu dalam bidang sains dan teknologi di SMKA. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia. Ibn Miskawayh, Abu 'Ali Ahmad Ibn Miskawayh The refinement of character. Beirut: American University of Beirut. Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai Johor: Penerbit UTM. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002a. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002b. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM Kurshid Ahmad Prinsip-prinsip Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: ABIM. Md Zawawi Abu Bakar, Mahyuddin Abu Bakar, Azman Md Zain, Mohamad Khadafi Rofi dan Mohd Khairul Anwar Othman (2003) Etika Islam Dalam Usaha Peneiokaan Sains dan Teknologi. Kertas Keija Seminar Islam Antarabangsa. Masjid Sultan Ismail UTM di Hotel Putri Pan Johor Bahru pada 7-9 September Mohamad Khairi Hj Othman, Asmawati Suhid, Abdullah Mat Rashid dan Samsilah Roslan. (2011). Hubungan faktorfaktor sosial dengan penghayatan nilai murni pelajar: Satu dapatan awal. Prosiding 16 th International Conference on Education. Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Universiti Brunei Darussalam. Mohd Nasir bin Omar Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. (1990). Pukal latihan kurikulum bersepadu sekolah menengah: Falsafah pendidikan negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustakan & Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2005). Buku panduan pengajaran dan pembelajaran nilai merentas kurikulum KBSR / KBSM. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia. Sulaiman Nordin (1993), Sains Falsafah dan Islam. Kuala Lumpur: Pusat Pengajian Umum UKM. Tabatabai, al-'allamah, al-sayid Muhammad Husayn al-mizan fi tafsir al-qur'an. 21 jilid. Beirut: Muassasah alalamy li al-matbu'at. Tajul Ariffin Nordin dan Nor'Aini Dan. (2002). Pendidikan dan pembangunan manusia: Pendekatan bersepadu. Bangi: As-Syabab Media. Wan Mohd Nor Wan Daud Masyarakat Islam Hadhari: Satu tinjauan epistemologi dan kependidikan ke arah penyatuan pemikiran bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Yaljan, Miqdad Peranan pendidikan akhlak Islam dalam membangun peribadi, masyarakat dan budaya manusia. Teij. Tajudin Nur. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Yusof Qaradhawi (1996). Memahami Keutamaan Berasaskan Al-Quran dan Sunnah.Selangor: Angkatan Belia Islam Malaysia Zaharah Hussin, Ab. Halim Tamuri & Jaffary Awang Pembinaan kurikulum pendidikan akhlak ke arah pembangunan kemanusiaan sejagat. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 4) Pendidikan Islam ke arah kemanusiaan sejagat. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Jun Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md Aroff, Rahil Hj. Mahyuddin, Mohd Ibrahim Nazri, Muhammad Hassan Abd Rahman, Abd Rahim Hj. Faffiee dan Habsah Ismail Laporan penyelidikan pendidikan Akhlak di sekolah menengah kebangsaan agama. Kementerian Pendidikan Malaysia dan Universiti Pertanian Malaysia. Penggunaan BBM dalam Pendidikan Akidah: Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam* Wan Hassan Wan Embong Sulaiman Shakib bin Mohd Noor* Zulkiflee Haron** Mohd Nasir Ripin* Pendidikan akidah merupakan tunjang dalam pendidikan Islam bagi menghasilkan modal insan yang lengkap selaras dengan keperluan negara. Lantaran itu, pengajaran subjek ini perlu diberikan perhatian kerana sifatnya yang subjektif dan berfalsafah sukar dikendalikan oleh guru. Kajian kualitatif ini adalah bersifat kajian kes yang bertujuan untuk melihat kedudukan motivasi dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam pengajaran akidah di dalam kelas. Responden kajian adalah terdiri daripada empat orang Guru Cemerlang Pendidikan Mam (GCPI) di sekolah Menengah sekitar Johor Bahru. Dapatan menunjukkan BBM sangat membantu guru dalam pengajaran pendidikan akidah. Ia mampu memotivasi pelajar dalam pembelajaran di dalam kelas. BBM yang menggunakan teknologi seperti video dan animasi sangat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. 1.0 PENGENALAN Pendidikan Islam merupakan teras atau inti kepada mata pelajaran lain dalam memainkan fungsi untuk membentuk pelajar yang berperibadi utuh dan berakhlak mulia. Sementara subjek Akidah 1 pula adalah tunjang kepada unit-unit lain dalam Pendidikan Islam (Tajul Ariffin Nordin et al: 2002). Pendidikan Akidah ialah proses penanaman keyakinan kepada manusia terhadap keesaan Allah dengan mengabdikan diri kepada-nya, menjadi insan soleh yang mendekatkan diri kepada Allah dengan merealisasikan sibghah Islam ke dalam semua aspek kehidupan (Kamarul Azmi Jasmi et al: 2007). Matlamat pendidikan Akidah 2 pula ialah di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar bukan sahaja mendapat pangkat 'A+' dalam peperiksaan, malahan seluruh kehidupan di dalam dan di luar sekolah tercerna 1 Menurut Abdul Salam (2004) pendidikan akidah ialah...' pengiktirafan dan pengesahan berkenaan realiti dan kebenaran yang terbentuk secara berperingkat dalam diri kanak-kanak berkaitan kedudukan yang sebenar bagi sesuatu perkara dalam susunan ciptaan, yang dapat membawa kepada pengiktirafan dan pengesahan berkenaan realiti dan kebenaran berkaitan kedudukan yang sebenar bagi Tuhan dalam susunan kewujudan'. sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat. Matlamat inilah yang dimaksudkan oleh Syed Qutb (1978) sebagai kejayaan dalam pendidikan akidah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. Kata beliau: Rasulullah SAW telah mendidik para Sahabat sehingga berjaya membentuk akidah sahabat dengan mantap. Ia menjadikan iman mereka hidup ketika makan, berjalan di pasar, sehingga mereka dikatakan sebagai al-quran yang bergerak di atas muka bumi. Setiap individu adalah contoh kepada Islam, dan kecantikan Islam. Perwatakan ini dapat dilihat dalam setiap individu Muslim. Berdasarkan pandangan di atas, jelas sekali bahawa subjek Pendidikan Akidah merupakan ilmu terpenting bagi seseorang Muslim kerana dari sinilah akan terbinanya ilmu-ilmu Islam yang lain (Zain Mohammad Syahatah et al.: 1998). Lantaran itu, pengajaran subjek 2 Ghazali Darussalam (2001) membuat rumusan dengan meletakkan matlamat pendidikan akidah adalah: (i) Untuk membebaskan manusia daripada perhambaan selain daripada Allah SWT. (ii) Untuk membersihkan rohani dan hati serta membentuk peribadi agar sentiasa berkelakuan baik dalam kehidupan. (iii) Untuk menyucikan jiwa manusia daripada mengikuti kehendak hawa nafsu sematamata dan tidak melupakan Allah SWT. (iv) Untuk membentuk jiwa agar dapat menjauhi diri daripada segala kemaksiatan dan kemungkaran kerana takutkan kepada Allah SWT dan menurut sunnah baginda Rasullullah SAW. (v) Untuk membina istiqamah dan pendirian yang teguh terhadap segala perintah Allah SWT dengan penuh yakin dan sabar Akidah perlu diberikan perhatian kerana kedudukannya yang penting dalam hieraki ilmu. Di samping itu, tumpuan juga perlu diberikan memandangkan proses melaksanakan pengajaran terhadap Pendidikan Akidah ini adalah paling sukar kepada seorang guru. Kesukaran ini merujuk kepada topik-topik perbincangan dalam pengajaran Pendidikan Akidah banyak berkaitan perkara- perkara keimanan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, bersifat subjektif dan kepercayaan dalam perkara- perkara ghaib. Oleh itu, pelaksanaan pengajaran Pendidikan Akidah mestilah yang terbaik dengan menggunakan strategi pengajaran yang praktikal dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang terbaik. Proceeding ofsist2013, Yogyakarta-Indonesia page - 7 2.0 STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN AKIDAH Dalam pelaksanaan pendidikan terhadap para Sahabat, selain sifat Rasulullah SAW sendiri sebagai contoh tauladan, baginda sendiri melaksanakan kaedah tertentu sehingga beijaya membentuk peribadi para sahabat menjadi sekumpulan generasi 3 yang unggul dan saleh. Menyedari kepentingan strategi atau pendekatan dalam menentukan kejayaan pendidikan, maka Pendidikan Akidah perlukan kepada strategi tertentu. Bagi Ab. Halim (2004), antara strategi pengajaran seperti guru boleh memilih metod pengajaran yang sesuai dengan tujuan pendidikan yang ingin dicapainya, atau sesuai dengan mata pelajaran yang ingin diajarnya, serta sesuai dengan tahap kematangan dan perkembangan serta kecerdasan pelajar-pelajar di dalam kelas. Dunia pendidikan perlu menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat yang ada di samping mengambil kira tahap kematangan pelajar masa kini. Dalam hal ini, Aisyah Lemu (1997) berpendirian bahawa a very traditional, often antiquated, approach in Islamic education yang bergantung kepada hafazan semata-mata sudah usang dan memerlukan pembaharuan. Begitu juga kaedah syarahan untuk subjek sukar seperti akidah ini juga adalah tidak sepenuhnya sesuai. Bagi Samak (1998), kaedah mengajar dengan cara memberi syarahan dan penerangan hanya harus bagi peringkat pengajian tinggi sahaja, tetapi tidak sekali-kali untuk peringkat rendah. Oleh itu, demi melahirkan hasil yang baik dan mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran akidah perlu dipelbagaikan tekniknya. 3.0 TABIAT PENDIDIKAN AKIDAH Seorang guru Pendidikan Islam yang baik akan cuba memenuhi kesemua aras domain sasaran Pendidikan Akidah untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkesan. Domain-domain tersebut ialah (i) domain kognitif, yang bermakna pemberian ilmu pengetahuan; (ii) domain afektif, bermaksud menanam dan menyuburkan kepercayaan serta sikap yang dikehendaki oleh agama dan (iii) domain psikomotor, iaitu kebolehan bertindak dan beramal mengikut kehendak Islam (Ab Halim: 2004). Ini bermakna pengetahuan tentang tabiat pendidikan akidah itu sendiri menjadi elemen penting yang perlu dikuasai oleh guru sebelum sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Akidah berjalan. Guru juga perlu memahami dan menguasai dengan jelas matlamat yang ingin dicapai. Menguasai matlamat akan mempengaruhi bentuk dan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Akidah di dalam kelas. Menggambarkan kejayaan mencapai matlamat ini, al-qaradawi (1992) mengatakan bahawa ...pendidikan Muslim yang menghasilkan dadanya bergejolak kerana 3 Penyelidik menggunakan perkataan generasi kerana kesan pendidikan al-rasul itu lahir sekumpulan masyarakat sahabat(majoriti) yang mantap tahap akidah mereka dan bukan beberapa orang individu dalam jumlah yang terpencil, membayangkan kejayaan pengajaran dan pembelajaran madrasah Rasulullah. ghairah terhadap Islam bagai gejolak air mendidih yang menjelma menjadi kekuatan yang mendorongnya berusaha mengadakan perubahan dan pembaikan. 4.0 METODOLOGIKAJIAN Metod kajian ini merupakan Kajian Kes terhadap Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) untuk melihat bagaimana mereka mengaplikasikan teori atau strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dalam aspek BBM. Kajian yang dilakukan di daerah Johor Bahru ini terdiri daripada empat orang sampel yang sedang mengajar tingkatan empat di sekolah menengah harian. Dalam kajian kualitatif ini data dipungut melalui temu bual secara mendalam. Penyelidik menganalisis data yang dikutip dengan menggunakan perisian Nvivo. 5.0 DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian menunjukkan Pendidikan Akidah memerlukan inovasi dalam pengajaran dan pembelajarannya. Subjek Akidah yang dikira sebagai satu subjek sukar , sangat memerlukan guru menggunakan strategi pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang berkesan seharusnya mempunyai daya yang boleh memberi motivasi dalam proses pembelajaran. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat pola amalan pengajaran dan pembelajaran akidah yang menonjol untuk diketengahkan. Penyelidik akan melakukan perbincangan dalam dua aspek iaitu (i); Strategi pengajaran dan pembelajaran akidah yang bermotivasi, dan (ii); Bahan bantu mengajar pendidikan akidah yang digunakan di dalam kelas. 5.1 Strategi Pengajaran Pendidikan Akidah Bermotivasi Faktor motivasi adalah penting untuk diambil kira sebelum berlaku proses pembelajaran. Ini memerlukan guru-guru bijak memilih pendekatan dan strategi yang bersesuaian agar hasil Pendidikan Akidah dapat dicapai sebagaimana yang diharapkan. Pendekatan yang baik mampu membawa pelajar untuk bersama-sama dengan penuh minat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi subjek Pendidikan Akidah yang bersifat subjektif dan falsafah, strategi pengajaran yang dipilih, adalah dengan memberikan motivasi kepada pelajar supaya boleh memberi kesan pembelajaran sehingga kepada domain afektif dan psikomotor, di samping domain kognitif (GCPI : 648, GCPI : 633). Justeru harapan sebagaimana dinyatakan oleh Sufean Hussin (2004) iaitu pendekatan yang berkonsepkan educere yang mendidik aspek emosi, rohani, moral dan estetika yang mengurangkan fenomena pengkhususan dan compartmentalization ilmu pengetahuan agar bersifat bersepadu. Dengan ini proses pembelajaran yang berlaku adalah bersandarkan kepada faktor dalaman yang akan memotivasi pelajar secara konsisten dan tidak mudah diganggu oleh faktor-faktor luaran yang mendatang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman pelajar tentang kepentingan akidah dalam kehidupan manusia adalah merupakan motivasi pembelajaran akidah yang paling ampuh. Konsep akidah yang menjadi dasar pegangan Muslim bergejolak dalam 8 - page Proceeding of SIST 2013, Yogyakarta-Indonesia jiwa menuntut supaya individu bersungguh mempelajari pelajaran termasuk pelajaran Akidah. Sebaliknya tanpa kefahaman yang baik, konsep akidah yang ada tidak dapat berfungsi dengan baik dan melaksanakan tuntutantuntutannya dengan sempurna. Pegangan akidah yang benar akan mendorong para pelajar bersungguhbersungguh di dalam kelas mempelajari Pendidikan Akidah dan subjek-subjek yang lain juga. Mereka juga memahami setiap usaha dan pemikiran yang dikorbankan untuk maksud ini akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT walaupun gagal mendatangkan hasil dalam peperiksaan. Dalam konteks ini, Rasulullah SAW bersabda: Ketakwaan (keimanan) itu ada di sini (sambil menunjuk dada baginda). 4 Dalam hal ini A1 Wa'iy (2004) menghuraikan bahawa hebatnya kekuatan keimanan tersebut boleh membuat seseorang berlari menuju kemuliaan, tanpa bosan dan jemu, serta tidak berputus asa. Malahan sebaliknya Allah SWT menggolongkan orang-orang yang mudah berputus asa ke dalam golongan orang-orang yang sesat. Firman Allah SWT: jgj VI fii-j Of (jij Jll Pengertiannya: Nabi Ibrahim berkata: Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat . (Surah AlHijr (15): 56) Justeru, pelajar yang mempunyai asas pemikiran ini akan memotivasi diri mereka untuk mencapai matlamat yang suci ini dengan usaha yang bersungguh-sungguh dalam pengajian terutamanya dalam pembelajaran di dalam kelas. Guru Pendidikan Islam bertanggungjawab mencetuskan suasana ini dengan menggunakan mana-mana pendekatan yang bersesuaian. Ini yang dikatakan oleh Alavi (2008) sebagai: Islamic education is therefore both teacher-oriented and studentcentered. The teacher is required to take the interests of his or her student as the starting point of his work. Dalam hal ini, antara pendekatan pengajaran Pendidikan Akidah ialah penggabungjalinan dengan disiplin subjek-subjek lain sebagaimana yang dicadangkan oleh al-nadawi (1987). Dapatan yang serupa daripada kajian oleh Yunus (2010) yang memerlukan Pendidikan Akidah digabungjalinkan dengan subjek lain seperti Geografi, Fizik, Kimia, Biologi dan Astronomi. Bagi Sufean, ia berfungsi untuk membina generasi yang mempunyai daya ketahanan dalam diri agar individu mampu mendukung idealisme masyarakat bermoral dan civil minded seterusnya dapat mengelakkan perpecahan masyarakat yang memegang budaya ketimuran dengan ciri cohesiveness yang unik (Sufean Hussin, 2004). Bagi Rahimah (1998), ia adalah usaha penyusunan semula kurikulum yang mengambil kira semua pendekatan-pendekatan baru s. Dengan latar belakang ini pendekatan-pendekatan yang perlu diambil oleh guru-guru Pendidikan Islam boleh melangkaui batas subjek. Ini bermakna mereka perlu memahami sedikit asas-asas subjek lain untuk digabungkan ke dala
Search
Similar documents
View more...
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks