Art & Photos

Penglibatan Komuniti Dalam Pengurusan dan Pencegahan Kebakaran Hutan: Cabaran dan Pengetahuan Komuniti di Kawasan Paya Gambut, Semenanjung Klias.

Description
Penglibatan Komuniti Dalam Pengurusan dan Pencegahan Kebakaran Hutan: Cabaran dan Pengetahuan Komuniti di Kawasan Paya Gambut, Semenanjung Klias.
Categories
Published
of 2
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Related Documents
Share
Transcript
    PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PENGURUSAN DAN PENCEGAHAN KEBAKARAN HUTAN:   Cabaran dan Pengetahuan Komuniti di Kawasan Paya Gambut Klias. 1 Najjah Salfinas Mat Fisal & 2 Musri Ismenyah & 2 Musri Ismenyah 1 Acacia Forest Industries SDN BHD, Bongkol, Pitas, Kudat, Malaysia. 2 Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Abstrak Malaysia dikenali sebagai sebuah negara hutan hujan tropika dimana ia merupakan salah satu ekosistem yang paling lama dan paling kompleks di dunia yang kaya dengan jenis hutan yang lain termasuk bakau, paya gambut dan hutan gunung. Paya gambut adalah jenis hutan yang unik dimana ia dipanggil 'gambut berkayu' kerana ia mengandungi banyak serpihan kayu. Kadar air di dalam tanah gambut adalah tinggi semasa musim hujan dimana ia menghalang penguraiaan 1.2 pokok-pokok mati dan kemudian menghasilkan strata gambut. Kadar air cenderung untuk menurun semasa musim kering melalui proses penyejatan (IFFN dan GTZ, 2002). Hutan paya gambut adalah penyebab penting dalam kejadian kebakaran hutan sekiranya komuniti kurang kesedaran dalam mengawal gaya hidup mereka yang boleh menjadi punca kebakaran di kawasan tersebut. Kandungan paya adalah terdiri daripada tumbuh-tumbuhan mati yang menjadi berair dan terkumpul sebagai gambut (UNDP, 2006). Warna air coklat gelap atau hitam adalah kerana kandungan bahan-bahan humik ( humus dan asid humuric ) yang tinggi dan dipengaruhi oleh spesies tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan hutan tersebut penyumbang kepada pembentukan kawasan paya (UNDP, 2006). Hutan Paya Gambut Semenanjung Klias yang terletak di Beaufort, Sabah, Malaysia adalah merupakan persekitaran yang rapuh. Perubahan dalam hidrologi asas boleh mempercepatkan proses pereputan gambut, di mana kadar air boleh berkurangan disebabkan oleh aktiviti manusia seperti terusan buatan dan ini memberi risiko tinggi terjadinya kebakaran hutan paya gambut.Implikasi daripada kebakaran hutan ini bukan sahaja kepada flora & fauna, ia juga membawa banyak kesan negatif kepada masyarakat secara langsung dari segi keselamatan, kesihatan, kehidupan harian serta pembangunan ekonomi. Insiden paling teruk dilaporkan berlaku 1983-1985 di Sabah, yang melibatkan kawasan kira-kira satu juta hektar di kebanyakannya log lebih hutan kerana kemarau yang teruk disebabkan oleh El-Nino fenomena (Ahmad Zainal, 2003).Di Semenanjung Klias, Beaufort, Sabah, komuniti/masyarakat disini masih kekurangan dari segi ilmu pengetahuan mengenai kesedaran, kesediaan dan pencegahan atau perlindungan kebakaran hutan di hutan paya gambut. Ini memberi kesan yang besar kepada pihak tertentu seperti Jabatan Hutan Sabah dan Jabatan Bomba dalam mengawal dan memadamkan api di kawasan ini sekiranya berlaku kebakaran. Projek “Kawalan Kebakaran Hutan" a tau “ Pencegahan & Kawalan Kebakaran Hutan" dengan menerapkan pendekatan secara teknikal dengan perkongsian bersama institusi-institusi kebangsaan yang bertanggungjawab (JGGoldammer, 2002). Sistem Perkadaran Bahaya Kebakaran (FDRS) menyediakan amaran awal bagi kawasan berpotensi kebakaran hutan yang  serius. Ia menggunakan data cuaca harian sebagai asas dalam mengira potensi kebakaran. FDRS dipertingkatkan dengan memberi maklumat amaran awal menggunakan data satelit, seperti kawasan panas dengan data spektrum pada penutup tanah dan syarat bahan api. Sistem ini biasanya menyediakan amaran awal 4-6 jam tentang bahaya api pada setiap hari berdasarkan kepada data cuaca harian(DX Viegas, 2006). Program peningkatan kesedaran oleh agensi-agensi luar boleh membantu sebagai faktor utama bagi pengurusan kebakaran hutan yang berjaya. Walaubagaimanupun, kebanyakkan komuniti telah menyedari tentang akibat daripada kebakaran yang tidak terkawal sebagai contoh di selatan Laos (Daerah Kaleum, Wilayah Sekong) penduduk tahu bahawa kebakaran secara rawak boleh menjejaskan kadar pertumbuhan semula hutan dan memusnahkan hutan (Baird et al., 1996) Kata Kunci: Paya Gambut, Kebakaran Hutan, Komuniti, Pengurusan Kebakaran
Search
Similar documents
View more...
Tags
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x