Services

UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL TAJUK : THARIQ BIN ZIYAD NAMA PENSYARAH : USTAZ ABD AZIZ BIN MOHAMED NAMA PELAJAR : 1.MUHAMMAD EDDIN BIN IMRAHN TAM 2.MUHAMMAD IZZUDDIN BIN TAJULDIN

Description
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL TAJUK : THARIQ BIN ZIYAD NAMA PENSYARAH : USTAZ ABD AZIZ BIN MOHAMED NAMA PELAJAR : 1.MUHAMMAD EDDIN BIN IMRAHN TAM 2.MUHAMMAD IZZUDDIN BIN TAJULDIN
Categories
Published
of 13
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Related Documents
Share
Transcript
    UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL TAJUK : THARIQ BIN ZIYAD NAMA PENSYARAH : USTAZ ABD AZIZ BIN MOHAMED NAMA PELAJAR : 1.MUHAMMAD EDDIN BIN IMRAHN TAM 2.MUHAMMAD IZZUDDIN BIN TAJULDIN KELAS : S22P5 SESI : 2017/2018    PENDAHULUAN Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Pendidikan Islam kami, Ustaz Abd Aziz kerana telah mencurah ilmu dan tunjuk ajar dengan rela hati sehingga kami berjaya menyelesaikan folio yang bertajuk Thariq bin Ziyad. Kami  juga tidak dapat membayangkan jikalau tiada bantuan dan pertolongan kepada kami, maka tiada usaha bagi kami untuk menjayakannya. Oleh itu, folio itu bertujuan untuk menceritakan sirah bagi pejuang bernama Thariq bin Ziyad yang begitu cekal dan tabah dalam memperjuangkan dan mempertahankan agama Islam. Kisah ini harus diteladani dan diambil iktibar bagi seluruh umat Islam masa kini sebagai panduan hidup bersama.  PENGENALAN   SIAPAKAH THARIQ BIN ZIYAD?  Thariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar, mengenai sukunya, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada beliau dari suku Nafza atau suku Zanata. Dia merupakan bekas seorang hamba yang kemudian dimerdekakan oleh Musa bin Nushair, Gabenor Islam di Afrika Utara dan di tangan Musa inilah Thariq memeluk Islam bersama orang-orang Barbar yang lainnya yang tunduk di bawah kekuasaannya setelah penaklukkan daerah Tanja. Di kisahkan bahawa setelah masuk Islam, mereka menjalankan agama Islam dengan baik. Oleh itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar mereka Al- Qur’an dan ajaran -ajaran Islam. Setelah itu, Musa mengangkat Thariq, yang merupakan perajurit Musa yang terkuat untuk menjadi penguasa daerah Tanja, hujung Morocco dengan kekuatan 19,000 tentara dari bangsa Barbar, lengkap dengan persenjataannya. Apa yang pasti, Thariq merupakan antara kerlipan bintang yang bersinar setelah kewafatan Rasulullah S.A.W. dan selepas zaman Khulafa Ar-Rasyidin.    PETA ANDALUSIA  Andalusia ataupun dikenali sebagai Sepanyol sekarang yang pernah ditakluki Thariq bin Ziyad.    PENAKLUKAN   KE ATAS ANDALUSIA Ini bertepatan dengan mendung hitam yang melanda Sepanyol dengan kekejaman penjajah Eropah yang pada ketika itu dikuasai oleh Raja Bangsa Gothik yang kejam bernama Raja Roderick. Wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan pajak tanah yang tinggi, dan banyak lagi penindasan yang tak berperikemanausiaan. Raja dan kroni-nya bersuka ria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan. Sebahagian besar penduduk yang beragama Kristian dan Yahudi, berhijrah ke Afrika untuk mendapat ketenangan yang lebih menjanjikan. Dan saat itu  Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur dan mempunyai toleransi yang tinggi kerana berada di bawah naungan pemerintahan Islam. Satu dari jutaan penghijrah itu adalah Julian, Gabenor Ceuta yang puterinya Florinda telah dinodai oleh Roderick. Mereka memohon pada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim itu. Setelah mendapat persetujuan Khalifah, Musa melakukan pengintaian ke atas pantai selatan Sepanyol.  Akhirnya, pada bulan Rejab tahun 97 H (bersamaan Julai 711 M), Musa bin Nushair memerintahkan pembantunya Thariq bin Ziyad untuk menyerang Semenanjung Sepanyol dengan memimpin 12,000 tentera Muslim menyeberangi selat antara  Afrika dan daratan Eropah yang dipisahkan oleh Lautan Mediterranean sejauh 13 batu ini dengan kapal-kapal pemberian Julian, Gabenor Ceuta.
Search
Tags
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks