Education

al-Qabdhu dan al-Basthu

Description
1. TUGASAN INDIVIDU TASAWWUF PERBANDINGAN IUS4163 PERBAHASAN ISTILAH “‫والبسط‬ ‫”القبض‬ OLEH: AINATUL RODHIAH BINTI MOHD NAIM 035219 ISM USULUDDIN…
Categories
Published
of 17
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Transcript
  • 1. TUGASAN INDIVIDU TASAWWUF PERBANDINGAN IUS4163 PERBAHASAN ISTILAH “‫والبسط‬ ‫”القبض‬ OLEH: AINATUL RODHIAH BINTI MOHD NAIM 035219 ISM USULUDDIN DENGAN KAUNSELING SEMESTER 7 DISEDIAKAN UNTUK: PROF. MADYA. DR SYED HADZRULLATHFI BIN SYED OMAR
  • 2. DEFINASI al-Qabdhu dan al-Basthu • Menurut Ibnu Atho’illah : Bahasa al-Basthu ialah menggembirakan dan menyenangkan hati,jiwa dan roh al-Qabdhu ialah mendukacitakan dan menimbulkan rasa sedih dan dukacita dalam hati,jiwa dan roh
  • 3. DEFINASI al-Qabdhu dan al-Basthu • Menurut Imam Qusyairi: • Kesempitan (al-Qabdhu) ialah suatu tarikan hati dan dengan erti kata lain ialah perasaan takut tetapi diumpamakan sebagai suatu pengalaman yang dirasakan terus pada ketika itu. • Kelapangan (al-Basthu) ialah keluasan iaitu suatu perasaan damai dan tenang tanpa disedari kehadirannya. Walaupun pada hakikatnya kelapangan pada asalnya dianggap sebagai suatu keadaan yang sangat diharapkan berlaku.
  • 4. al-Qabdhu  Qabadhu adalah perasaan yang timbul dalam hati apabila hati berhadapan dengan sifat keagungan Allah s.w.t.  Hati dapat merasai keperkasaan-Nya. Bila hati melihat keperkasaan Allah s.w.t dan mengakui kelemahan dirinya, maka lahirlah perasan takut, gerun, kecut dan berbagai-bagai perasaan yang seumpamanya sehingga seolah- olah berkecai sekalian tulang belulangnya, luruh segala dagingnya dan dia merasai kelemahan yang amat sangat di samping Yang Maha Perkasa, Maha Agung dan Maha Keras.  Orang yang menerima nikmat dalam bentuk qabadh akan menjadi tidak bermaya, seakan-akan lumpuh. Apa yang dialami oleh hati berbekas pada anggota zahir  Pengalaman qabadh membuat seseorang mengetahui betapa hebatnya tuntutan Allah s.w.t jika ditegakkan keadilan dan keperkasaan-Nya. Tidak ada dosa yang terlepas daripada perkiraan dan hukuman-Nya.
  • 5. Al-Basthu  Basathu pula adalah perasaan yang timbul apabila hati berhadapan dengan sifat keindahan Allah s.w.t.  Hati melihat Allah s.w.t Yang Maha Indah, Maha Lemah-lembut, Maha Pemurah, Maha Pengampun dan seumpamanya, lalu terasalah pada hati akan kelazatan, kenikmatan, kesenangan, keselesaan, kesejahteraan dan seumpamanya yang tidak terperi.  Hati yang dipenuhi oleh basathu akan merasai keriangan yang tidak terucapkan dan dia menjadi seumpama orang yang mabuk dalam kelazatan  Pengalaman basathu pula memperlihatkan kemurahan Allah s.w.t. Walaupun hamba-Nya menghadap-Nya dengan membawa dosa sebanyak buih di lautan namun, Dia bersedia mengampunkannya.
  • 6.  Tubuh badan turut merasakan qabadh. Jika seseorang dikuasai oleh qabadh dalam tempoh yang lama, mungkin tubuhnya tidak dapat bertahan dan dia mungkin akan mati lantaran takutkan Allah s.w.t. Allah s.w.t mendatangkan qabadh sebagai memperkenalkan keperkasaan-Nya bukan untuk membinasakan hamba-Nya.  Oleh sebab itu, Dia tidak membiarkan hamba-Nya binasa dalam qabadh, maka didatangkan-Nya pula basath, iaitu kegembiraan yang amat sangat. Hati yang dipenuhi oleh basath akan merasai keriangan yang tidak terucapkan dan dia menjadi seumpama orang yang mabuk dalam kelazatan
  • 7. Perbezaan antara Perasaan takut Dan Kesempitan/kelapangan PERASAAN TAKUT • Perasaan takut ini hanya terfokus pada sesuatu yang akan berlaku pada masa hadapan. • Contoh: seseorang itu akan merasa takut kehilangan sesuatu yang diharapkan atau sesuatu yang diimpikan. • Begitu juga untuk harapan, baik harapan itu muncul ketika memikirkan sesuatu yang dihasratkan dimasa hadapan atau ketika menunggunya ia sudah menjangkakan berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingininya. • Hati orang yang merasakan ketakutan dan harapan itu berhubungan dengan dua keadaan itu dengan cara menangguhkan segala sesuatu yang diharapkan . KESEMPITAN/ KELAPANGAN • Kedua perkara ini muncul pada masa sekarang . • Tetapi orang yang merasakan kesempitan dan kelapangan itu adalah tawanan dari waktunya yang sedang menghampirinya pada masa sekarang. • Sifat seseorang yang berada dalam dalam kesempitan dan kelapangan itu berbeza-beza sesuai dengan tingkatan mereka dalam keadaan batin.
  • 8. Keadaan Golongan Arifbillah • Golongan ‘arifbillah yang mengekalkan ‘ubudiyahnya terhadap Allah s.w.t melihat qabadh dan basath sebagai ujian dari Allah s.w.t. • Di antara dua hal tersebut, mereka lebih khuatir jika dikenakan ujian basathu. Hati yang leka dengan kesenangan dan keselesaan mudah tergelincir dari memelihara adab sopan ‘ubudiyah. Di dalam hal yang semacam ini, nafsu mudah mengambil kesempatan di atas kemurahan Allah s.w.t. Suasana qabadh pula dapat mengukuhkan ‘ubudiyah dan nafsu tidak berpeluang mencuri masuk. Qabadh menambahkan harapan dan pergantungan kepada Allah s.w.t.
  • 9. Secara umumnya, kesempitan adalah munculnya sesuatu yang meliputi hati dan dirasakan sebagai sesuatu yang berkait rapat dengan rasa bersalah. Keadaan inilah yang akan menimbulkan rasa sempit dalam hati seseorang. Berbeza pula jika sesuatu perkara yang terjadi itu menjadikan seseorang menerimanya dengan tenang apabila perkara itu sesuai dengan dirinya. Kelapangan juga boleh datang secara tiba-tiba memenuhi hati seseorang secara tidak dijangka tanpa diketahui penyebabnya.
  • 10. Maksudnya: Dilapangkan kamu (diberi kegembiraan) supaya kamu tidak ditinggalkan dalam ketakutan. diberikan rasa takut dan gerun supaya kamu tidak ditinggalkan dalam kesukaan. dibebaskan kamu dari kedua-duanya supaya kamu tidak ditarik oleh sesuatu selain dia (Allah s.w.t). HIKAM90
  • 11. Kadangkala Allah menggembirakan seseorang hamba supaya dia tidak kekal dalam kedukaan yang menekan dirinya, sekalipun ia berguna untukknya. Kadang-kadang Allah mendukacitakannya supaya dia tidak dalam kegembiraan yang merupakan habuan nafsu.
  • 12. Kegembiraan Kedukaan Golongan Ariffin
  • 13. • Punca kegembiraan dan kedukaan itu ialah perkara-perkara yang datang ke dalam hati hamba. Apabila sifat kebesaran Allah zahir dalam hati hamba, timbullah dukacita. Sebalikknya apabila sifat keindahan pula zahir dalam hati hambanya, timbullah pula kegembiraan.
  • 14. ADAB-ADAB KEDUKAAN Ibnu‘Ajibahrhm Tumakninah dan tenang Terus berada dibawah perjalanan Qadar Kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa
  • 15. ADAB-ADAB KEGEMBIRAAN Mengawal segala anggota badan dari melampaui batas hukum Allah swt terutamanya anggota lidah.
  • 16. KESIMPULAN • Pengalaman yang berganti-ganti antara qabadh dan basath menambahkan makrifat seseorang. • Qabadh dan basath adalah dua hal yang bertentangan. Apabila seseorang hamba dimasukkan ke dalam darjat pilihan, mata hatinya tidak lagi melihat kepada pertentangan tersebut, sebaliknya terus tertuju kepada Allah s.w.t yang menjadikan pertentangan sebagai bukti kebijaksanaan-Nya. • Pertentangan hanya wujud jika dilihat secara berasingan, seperti melihat tangan kanan dengan tangan kiri. Jika kedua-duanya dilihat sebagai kesatuan, iaitu tangan kanan dan tangan kiri itu dibawa bertemu, maka kedua-duanya itu bertemu dengan sempurna, tiada lagi perlawanan. • Dan menjadi suatu kewajiapan untuk seseorang itu menjaga adab- adab kegembiraan dan kedukaan.
  • 17. RUJUKAN • Al-Sakandari,Ibn Atho’illah.(2011). Syarahah al-Hikam. (Zulkifli Mohamad,Terj). Kuala Lumpur: Telaga Biru. • Michael A. sells. (2003). Sufism klasik Menelusuri Tradisi teks Sufi. Bandung: Mibar Pustaka.
  • We Need Your Support
    Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

    Thanks to everyone for your continued support.

    No, Thanks
    SAVE OUR EARTH

    We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

    More details...

    Sign Now!

    We are very appreciated for your Prompt Action!

    x