Advertisement

Proposal @ Kertas Kerja Cadangan Ringkas Projek Penyelidikan- Konflik Fatwa

Description
Proposal @ Kertas Kerja Cadangan Ringkas Projek Penyelidikan- Konflik Fatwa
Categories
Published
of 15
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Transcript
  1 KERTAS KERJA CADANGANTajuk: KONFLIK FATWA DI MALAYSIA: FENOMENA DAN RANGKAPENYELESAIANNYA Ketua Penyelidik Dr Mohd Anuar Ramli Jabatan Fiqh & UsulAkademi Pengajian Islam,Universiti Malaya Ahli Penyelidik i.   Dr Aii.   Dr Biii.   Dr C LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN Institusi fatwa sentiasa menjadi rujukan bagi umat Islam di Malaysia.Terdapat pelbagai fatwa yang diputuskan dalam berbagai-bagai bidangkehidupan sama ada muamalat, ibadat hinggalah ke bidang sains danteknologi. Ini menunjukkan institusi fatwa mempunyai peranan yang khususdalam masyarakat Islam di Malaysia.Di Malaysia, fatwa yang diputuskan dapat dikategorikan dalam tigabentuk, iaitu pertama, fatwa yang diwartakan; kedua, jawapan-jawapanfatwa yang diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa fatwa dan ketiga,  2 fatwa yang dikeluarkan oleh mufti secara persendirian berbentuk lisan dantulisan. Hanya fatwa kategori pertama sahaja yang mengikat, manakalakategori kedua dan ketiga tiada sebarang implikasi undang-undang.Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik, di mana terdapat 14 jawatan mufti yang mewakili 14 buah negeri. Dalam proses istinbat hukum,para mufti tidak bertindak bersendirian, malah dibantu oleh JawatankuasaFatwa. Nama jawatankuasa ini berbeza antara negeri-negeri. Di negeri Johor, 1  Kedah, 2 dan Terengganu 3 dinamakan  Jawatankuasa Fatwa . Di Sabah 4 dipanggil  Majlis Fatwa . Bagi Selangor, 5 Pahang 6 dan Wilayah Persekutuan, 7 ia dipanggil  Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak . Di Perak, 8 Melaka, 9 NegeriSembilan, 10 Perlis 11 dan Pulau Pinang 12 dikenali dengan  Jawatankuasa Syariah. Di Kelantan 13 dipanggil  Jemaah Ulama’ . Manakala di Sarawak 14 dikenalidengan Lembaga Fatwa. Selain jawatan kuasa fatwa peringkat negeri, terdapat jawatankuasafatwa peringkat kebangsaan, iaitu Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia di bawah Majlis Kebangsaan Bagi HalEhwal Agama Islam. Ia ditubuhkan pada awal tahun 1970 dengan tujuanuntuk menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa atas apa-apa perkara 1 Seksyen 15, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Johor) 1978. 2 Seksyen 36, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah) 1965. 3 Seksyen 53, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2003. 4 Seksyen 38, Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Sabah) 1992. 5 Seksyen 34, Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam (Selangor) 1989. 6 Seksyen 39, Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Pahang) 1991. 7 Seksyen 31, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993(Akta505). 8 Seksyen 37, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 1992. 9 Seksyen 33, Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Melaka) 1991. 10 Seksyen 33, Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1992. 11 Seksyen 8, Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Perlis) 1963 (Pindaan 1988). 12 Seksyen 39, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Pulau Pinang) 1993. 13 Seksyen 33, Enakmen Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu (Kelantan) 1994. 14 Seksyen 36, Ordinan Majlis Islam (Incorporation) (Sarawak), Chapter 105.    3 yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Kemudiannya BahagianPengurusan Fatwa diwujudkan. Antara tugas utamanya ialah menjadi urussetia kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal UgamaIslam Malaysia (MKI). Bahagian ini berfungsi dalam menyelaraskanpandangan hukum/fatwa yang telah diputuskan di peringkat negara dannegeriKedudukan Islam di dalam perlembagaan umumnya adalah terbatas. Iniberasaskan kepada peruntukan-peruntukan berkenaan yang cuma mengisytiharkanIslam sebagai agama rasmi tetapi dalam masa yang sama membataskan kedudukan itu.Pembahagian kuasa antara pihak berkuasa pusat dan negeri-negeri juga melibatkansoal bidangkuasa ke atas Islam. Seperti yang diketahui umum, persoalan agama Islamdiletakkan di bawah bidang kuasa negeri. 15 Pemisahan ini menjadikan Islammerupakan hak eksklusif bagi negeri-negeri. Dengan itu, tiada pemaksaan yang dapatdikenakan ke atas negeri untuk melaksanakan ketetapan Majlis Muzakarah FatwaKebangsaan.Disebabkan itu juga, lahirnya konflik fatwa antara fatwa negeri-negeri danantara negeri dengan keputusan muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan. Ini dapatdigambarkan dengan penerimaan fatwa yang diputuskan di peringkat kebangsaan itudengan wajah yang berbagai. Ada yang menerima sepenuhnya dan mewartakan fatwaberkenaan, ada yang memodifikasi dengan ijtihad jawatankuasa fatwa negeri yangtersendiri, dan ada yang tidak menerima fatwa tersebut, malah tidak diwartakan dinegeri-negeri. Kesannya, fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa fatwa kebangsaantidak bersifat mengikat negeri-negeri, dan fatwa yang diwartakan satu negeri tidakmempunyai implikasi undang-undang di negeri yang lain.Secara asasnya, Muzakarah Fatwa Kebangsaan tersebut hanyalah memberipandangan mengenai sesuatu isu dan bukan mengeluarkan fatwa di mana kuasamengeluarkan fatwa masih terletak di bawah Jawatankuasa Fatwa negeri yangmengikut undang-undang perlu mengemukakan fatwa berkenaan kepada D.Y.M.M. 15 Hamid Jusoh. 1991. The Position of Islamic Law in the Malaysian Constitution. Kuala Lumpur: DBP, hh.34-35; Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned. 2002. Sistem Undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur:DBP, h. 172.  4 Sultan/Raja negeri berkenaan selaku Ketua Agama Islam Negeri berkenan untukdiperkenankan oleh BagindaSelain itu, komposisi kepakaran dan bilangan ahli majlis fatwa yang berbezaantara satu negeri dengan negeri turut menyumbang konflik ini. Begitu juga denganmetodologi istinbat/ fatwa yang berbeza antara negeri dengan negeri telahmenghasilkan hukum yang berbeza. Perbezaan metodologi ini dapat dilihat dalamperuntukan enakmen antara negeri Perlis dengan negeri-negeri yang lain. Rentetan ini,banyak konflik fatwa berlaku dalam menangani sesuatu isu. Ini termasuklah dalamfatwa pengharaman rokok, Yoga, ASN-ASB, Poco-poco, ESQ dan seumpamanya. Justeru, kajian ini akan mengenal pasti konflik fatwa antara fatwa jawatankuasafatwa kebangsaan dengan jawatankuasa fatwa negeri dan antara jawatankuasa negeri-negeri selain mencari satu kerangka penyelesaian terhadap konflik fatwa ataumengharmonisasinya dalam mengurangkan jurangnya bagi pelaksanaannya diMalaysia. PERSOALAN KAJIAN i.   Apakah latar belakang penubuhan jawatankuasa fatwa negeri dan jawatankuasafatwa kebangsaan?ii.   Apakah takat bidang kuasa jawatankuasa fatwa kebangsaan dan jawatankuasafatwa negeri?iii.   Kenapakah konflik fatwa antara jawatankuasa fatwa kebangsaan dengan jawatankuasa fatwa negeri dan antara fatwa negeri-negeri sering berlaku?iv.   Apakah bentuk fatwa-fatwa yang berbeza antara jawatankuasa fatwakebangsaan dengan jawatankuasa fatwa negeri dan antara fatwa negeri-negeri.v.   Apakah contoh konflik fatwa antara jawatankuasa fatwa kebangsaan dengan jawatankuasa fatwa negeri antara fatwa negeri-negeri.  5 vi.   Bagaimanakah metodologi fatwa antara jawatankuasa fatwa kebangsaan dengan jawatankuasa fatwa negeri antara fatwa negeri-negeri yang menyebabkantimbulnya konflik? OBJEKTIF KAJIAN i.   Meneliti latar belakang penubuhan jawatankuasa fatwa negeri dan jawatankuasa fatwa kebangsaan.ii.   Mengenal pasti bidang kuasa jawatankuasa fatwa kebangsaan dan jawatankuasafatwa negeri.iii.   Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan konflik fatwa antara jawatankuasa fatwa kebangsaan dengan jawatankuasa fatwa negeri dan antarafatwa negeri-negeriiv.   Mengenal pasti fatwa-fatwa yang berbeza antara jawatankuasa fatwakebangsaan dengan jawatankuasa fatwa negeri dan antara fatwa negeri-negeri.v.   Menganalisis konflik fatwa antara jawatankuasa fatwa kebangsaan dengan jawatankuasa fatwa negeri antara fatwa negeri-negeri.vi.   Menganalisis metodologi fatwa antara jawatankuasa fatwa kebangsaan dengan jawatankuasa fatwa negeri antara fatwa negeri-negeri. SKOP KAJIAN Kajian ini memfokuskan kepada beberapa kategori data, iaitu;1)   Fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri.2)   Institusi Fatwa Negeri seluruh Malaysia.
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x