Lifestyle

2 Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d-masjid Negeri Perak

Description
2 Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d-masjid Negeri Perak Bukhari Lubis Idris bin Mohd. Radzi Muhammad Anas bin Al Muhsin Latar Belakang Sejak Islam datang ke Alam Melayu, bermulalah
Categories
Published
of 14
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Related Documents
Share
Transcript
2 Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d-masjid Negeri Perak Bukhari Lubis Idris bin Mohd. Radzi Muhammad Anas bin Al Muhsin Latar Belakang Sejak Islam datang ke Alam Melayu, bermulalah penggunaan tulisan jawi. Tulisan ini pula melalui pelbagai sistem ejaan. Sebagai susulan kepada perkembangan tulisan jawi ini, lahirlah khat Islami. Lebih tepat digelar seni khat Islami daripada istilah khat Arab (Muhammad Bukhari Lubis, 1995: 34). Sebenamya di Alam Melayu amnya dan Malaysia khasnya khat Islami juga berkembang dan diminati oleh kebanyakan orang. Oleh sebab itu contoh-contoh hasil tulisan ini boleh dilihat dalam pelbagai bahan seperti kertas, ubin, marmar, kayu, bulu ayam, bulu kambing, kaca dan sebagainya (boleh didapati daripada Koleksi Bukhari Lubis). Tempat atau ruang yang menerima tulisan khat ini adalah seperti buku, majalah, bangunan, dewan, kedai, iklan, papan tanda bandar atau jalan; dan tidak ketinggalan, malah yang terpenting, masjid (Muhammad Bukhari Lubis, 1995b: 32-34). Ini membuktikan bahawa di Malaysia juga terdapat beberapa tokoh khat Islami ini. Ada yang terlatih di negara kita sahaja, dan tidak kurang yang terlatih dari negara-negara Arab seperti M esir dan Arab Saudi. Penyataan Masalah Manifestasi khat Islami di masjid sama sekali tidak dapat disangkal. Pergilah ke kebanyakan masjid di Malaysia, kita akan dapat menyaksikan khat ini, Amat sedikit buku yang membahaskan penulisan khat Islami di masjid-masjid di seluruh dunia.1setakat ini ada dua buah buku dalam bahasa Melayu yang berjudul Dari tujuh buah buku tentang masjid yang ditemukan di Perpustakaan Bukhari Lubis. tertulis dalam bahasabahasa Arab, Parsi dan Inggeris, hanya sebuah (dalam bahasa Parsi) yang khusus menyentuh perkara ini, berjudul Kutayba-yi kufi-yi masjid-i ja m t-i Qazvin oleh Babu Llah Zari i. Pelestarian Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islami di Masjid-masjid Negeri Perak /1 5 masjid (karangan N.A. Halim dan satu lagi berbentuk dokumentari, tiada nama pengarang). Tidak disentuh secara khusus tentang perhiasan khat di masjidmasjid. Setakat ini tiada buku atau kajian yang membicarakan selok-belok penulisan khat di masjid-masjid baik di Malaysia mahupun di Perak. Kekosongan ini mesti diisi. Maka para pengkaji berasa perlu untuk membuat kajian tentang tulisan khat di masjid-masjid di negeri terletaknya Universiti Pendidikan Sultan Idris, iaitu Perak Darul Ridzuan. Objektif Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk membahaskan tulisan khat yang tertera di masjidmasjid yang terpilih dari pelbagai aspek: a. jenis khat yang digunakan (dalam masjid dan di papan tanda masjid), b. jenis ayat atau ungkapan yang dipilih, c. bahan yang menjadi wadah perhiasan khat ini, d. ejaan jawi yang digunakan untuk perkataan Arab dan Melayu, e. sejauh mana terjemahan ke bahasa Melayu yang diberikan itu tepat, gramatis dan sebagainya, f. jika diketahui, siapa dia khatat yang berjasa dalam pelestarian seni khat ini. Kajian Lampau Seperti yang dibayangkan sebelum ini, tiada satu pun kajian khusus tentang perhiasan seni khat Islami di pelbagai masjid di Malaysia amnya dan Perak khasnya* Kaedah Kajian Pengkaji mengambil gambar khat yang terdapat di 180 buah masjid yang terpilih di seluruh negeri Perak. Berdasarkan gambar-gambar yang diambil, khat tersebut dianalisis dan dikelompokkan mengikut jenis khat, ayat atau ungkapan yang paling banyak atau biasa ditulis. Selain itu temu bual dijalankan untuk menyokong maklumat yang diperoleh. Selepas kajian ini dibuat, seorang pensyarah (juga khatat) dari UTM, En. Abdul Rahman, telah diterima untuk membuat kajian (tesis Ph.D) di UIAM tentang khat di beberapa masjid utama di Malaysia, Mesir, Turki, Iran dan Pakistan. Beliau juga berkesempatan menemu bual Bukhari Lubis tentang perkara ini. 16 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan Dapatan Kajian a. Jenis khat yang digunakan Jenis khat yang paling banyak digunakan ialah khat thuluth (48%) (contohnya, lihat LAMPIRAN A); diikuti dengan khat nasakh / naskhi (33%) (lihat LAMPIRAN B); khat raq ah (0.2%); dan selebihnya khat Kufi, Divan dan Farsi. Terdapat juga tulisan yang tidak dapat digolongkan ke dalam mana-mana jenis khat (14%). Jenis Khat ' I Nasakh y Lain-lain E!8 Raq ah Thuluth b. Jenis ayat atau ungkapan yang dipilih Petikan yang ditulis terdiri daripada ungkapan Arab,3 sebanyak 27.5% (lihat LAMPIRAN C); al-qur an (23.9%) (lihat LAMPIRAN D); senarai ahli jawatankuasa atau jadual kegiatan masjid (16.3%) (lihat LAMPIRAN E); nama masjid atau keterangan pengasasan masjid (batu asas) (14.4%) (lihat LAMPIRAN F); ungkapan Melayu (12.7%) (lihat LAMPIRAN G), dan Hadith (5.2%) (lihat LAMPIRAN H). * c. Bahan yang menjadi wadah perhiasan khat Yang terbanyak ditulis di atas simen sahaja. Kemudian ada yang diukir di atas kayu, tembaga, atau ditulis di atas kertas. Maksudnya apa sahaja ayat Arab yang bukan dari al-q ur'an atau Hadith (selagi boleh dikesan). Pelestarian TaUscm Jawi: Manifestasi Seni Khat Islami di Masjid-masjid Negeri P e r a k /17 d Ejaan jaw i yang digunakan untuk perkataan Arab dan Melayu Kerana kecuaian terdapat sesekali ejaan dalam bahasa Arab yang salah, misalnya (nama masjid) j!, UujUJl 5 jki! ; MtSSeUl (hamzah di bawah alif; tidak perlu hamzah itu kerana ia tergolong ke dalam hamzat al-wasl) dan 3^. Pada umumnya membetuli sistem yang diketengahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun Bagaimanapun, ada juga yang tersilap. Misalnya: ejaan perkataan-perkataan berikut: tf*! Banyak juga yang ketinggalan zaman, tidak dapat membezakan bunyi huruf p daripada huruf/; semuanya dilambangkan dengan huruf f, misalnya 0^ ^CLujla tdialaxo t jtiiia e. Terjemahan ke bahasa Melayu. Ada yang baik dan tepat. Namun tidak kurang yang menyalahi nahu bahasa Melayu atau terjemahannya kearaban. Contohnya: perkatan perbetulkanlah, segala dosa-dosaku, berkata, bercakap dan ungkapan niat ini: Sahaja aku i'tikaf di dalam ini masjid sunat kerana Allah Ta ala. f. Khatat yang menabur bakti. Pada umumnya amat sukar dikesan. Tiada khatat yang khusus dilantik oleh Jabatan Agama Islam Perak. Bagaimanapun, ada juga khatat yang dapat diketahui sama ada melalui tanda tangan yang disertakan atau disisipkan di celah-celah tulisan mereka itu, atau diketahu melalui informan masjid berkenaan. Antara 18 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan mereka ini ialah khatat terkenal dari negeri Kedah, Tuan Haji Wan Abdullah Wan Puteh,4 Tuan Haji Yahya (ayah kepada Dr. Abdullah Sani, pensyarah Pusat Pengajian Pendidikan, USM), Ustaz Mohd. Taib (dari Jabatan Agama Islam Perak), Ustaz Zulkifli Ibrahim (bekas pegawai JAKIM), dan Ustaz Bomidin (bilal Masjid Jalan Diary, Ipoh). Ada juga sumbangan khat daripada bekas pelajar SITC seperti Haji Ahmad Mantik (pelajar sebelum Perang Dunia Kedua) dan Haji Maad bin Uda Lateh (pelajar tahun , juga AJK masjid) [r.h], Karya mereka ini masih tertera di Masjid Ghufraniyah, Sungai Siput Utara. Cadangan a. Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) mestilah memantau kegiatan ini supaya perhiasan tulisan khat ini dipandang menarik dan memberi kesan luaran dan dalaman. Harus dielakkan daripada sikap asal jadi. Bantuan kewangan yang sewajamya hendaklah dihulurkan. b. Untuk ini juga, JAIP atau AJK masjid berkenaan perlu mencari penulis khat yang betul-betul berbakat. c. Pilihan ayat-ayat al-qur an dan Hadith dipelbagaikan. Jangan ditumpukan kepada ayat-ayat yang selalu diucapkan oleh imam/khatib sahaja. d. Elakkan daripada menulis ungkapan Melayu atau terjemahan ke bahasa Melayu dengan menggunakan aksara rumi. e. Pastikan ejaan jawi yang digunakan itu betul, khususnya nama-nama orang yang menganggotai jawatankuasa masjid atau yang terlibat dalam kegiatan masjid. f. Pantau agar terjemahan ke bahasa Melayu yang dipaparkan itu gramatis dan menarik. g. Untuk jangka masa panjang, JAIP dan Jabatan Pendidikan Perak hendaklah sentiasa berusaha memberi kursus-kursus penting yang dapat melahirkan penulis khat warga Perak yang berbakat dan tersohor. Wajar sekali diadakan pertandingan seberapa kerap mungkin untuk mencapai matlamat ini Lihat artikel tulisan Bukhari Lubis tentang beliau dalam Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, jilid IV, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, him Lihat karya khatnya - dengan tandatangan ringkas - pada Lampiran A (Gambar 1), Lampiran C (Gambar 5), dan Lampiran D (Gambar 7). Pelestarian Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islami di Masjid-masjid Negeri P e r a k /19 Rujukan Abdul Halim Nasir, Masjid-masjid di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. Abdul Halim Nasir, Seni Bina Masjid di Dunia Melayu-Nusantara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. al-baba, Kamil Ruh al-khatt al-'arabi. Beirut: Dar Lubnan. al-bahnisi, LAfif Mu jam Mustalahat al-khatt al-carabi wa al-khattdtin. Beirut: Maktabat Lubnan. al-bayati, Basil The City and the Mosque. Oxford: Aarp. Mutholib A1 Fasiriy Kaligrafi dalam Berbagai Acara. Babat-Lamongan: Combi Prima Grafika. al Faruqi, Isma il R. & al Faruqi Lois Lamya The Cultural Atlas of Islam. New York: Macmillan Publishing House. Frishman, Martin and Khan, Hasan-uddin. Pnyt The Mosque; History, Architectural Development & Regional Diversity. London: Thames and Hudson Ltd. Holod, Revata & Khan, Hasan-Uddin. 1997, The Contemporary Mosque: Architects, Clients and Designs since the 1950s. New York: Rizzoli International Publications, Inc. al-masdjidfi al-jazd ir. T.th. T.tp: t.p. [Silslat al-fann wa al-thaqafah.] Masjid: Sejarah, Ciri-ciri Pembentukan dan Pembinaan Masjid-masjid Dunia, Malaysia dan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Puncak Amal (M) Sdn. Bhd. Muhammad Bukhari Lubis. 1995A. al-qur an sebagai pencetus Kegiatan Seni Khat. Tamadun. Julai. Muhammad Bukhari Lubis. 1995B. al-qur'an dan Seni Khat di masjid, Tamadun. Ogos. Muhammad Bukhari Lubis Wan Abdullah Wan Puteh. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Jil. IV, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Salman, cisa; al-tzzi, Najlah; Abd al-khaliq, Hana ; dan Yunus, Najat al-lmarat al-arabiyah al-lsldmiyah fi al-irdq. Jil. I. Baghdad: Dar al-rashid. Zari'i, Babu Llah HS. Kutayba-yi Kufi-yi Masjid-i Jdmf'-i Qazvin. Tehran: Sazmani Chap u Intisharat-i Vizarat-i Farhang-i Irshad-i Islami. 20 / Menanggapi Keberkesanan clan Perubahan LAMPIRAN A Gambar 1 Pelestarian Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islami di Masjid-masjid Negeri Perak / 21 Gambar 3 LAMPIRAN B Gambar 4 22 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan LAMPIRAN C Gambar 5 Gambar 6 Pelestarian Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islami di Masjid-masjid Negeri Perak / 23 Gambar 7 LAMPIRAN D 24 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan LAMPIRAN E Gambar 9 Gambar 10 Pelestarian Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islami di Masjid-masjid Negeri P e r a k /25 Gambar II LAMPIRAN F Gambar 12 26 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan LAMPIRAN G Gambar 13 Pelestarian Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islami di Masjid-masjid Negeri Perak /2 7 Gambar 15 LAMPIRAN H vv vi ' 'tes**ss «Bi. 'a,. I f '5 ;.x.v,.? -y- Gambar 16
Search
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks