Small Business & Entrepreneurship

Falsafah Pendidikan

Description
Falsafah Pendidikan
Published
of 20
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Related Documents
Share
Transcript
   The Concept of Education The Problem and Its Solution  I INTRODUCTION I Muqaddimah Kini Kaum Muslimin sedang menghadapi serangan batin yang jauh lebih hebat dari segala  pengalaman serangan lampau yang telah kita hadapi dalam sejarah: yang kini kita hadapi bukannya bala tentera bangsa-bangsa Barat dan bukan hanya cerdik-pandai mereka, akan tetapi segala kehandalan, keutusan, kekuasaan dan kehebatan kebudayaan  dan tamadun  Barat itu pada keseluruhannya . Kebudayaan Barat telah menyeludup menyerangi hati sanubari kita, jiwa kita, dan caranya menghasilkan keadaaan demikian ialah bahawa sewaktu bangsa-bangsa Barat menjajahi negara-negara kita mereka telah menjalankan dua tindakan  penting yang membawa kesan besar pada nasib kita kini; pertama ialah memutuskan Kaum Muslimin daripada ilmu pengetahuan mengenai Islam  dengan secara lambat-laun menerusi sistem pelajaran; dan kedua ialah memasukkan dengan secara halus ke dalam sistem pelajaran itu  faham ilmu  Barat dan unsur-unsur  , nilai-nilai , dan  faham serta konsep-konsep  Kebudayaan Barat yang akan sedikit sebanyak menggantikan unsur-unsur dan nilai-nilai dan faham serta konsep-konsep Islam, dan memutuskan hubungan kebudayaan Islam di kalangan Umat Islam seluruhnya. 1  II The De-westernization of Knowledge Kini agama Kristian itu sebenarnya merupakan lambang humanism Barat dan sedikit-sebanyak  berjaya juga mengelirukan orang-orang Islam yang lemah dan kurang ilmu pengetahuan dengan pujukan- pujukan duniawi yang berlandaskan kebendaan. Dari itu maka Umat Islam tetap merasa perlu mengawas- awasinya. Yang dikatakan tadi bahawa penggunaan da‘yah agama Kristian sebagai lawan terhadap orang Islam itu merupakan helah yang sangat mujarab, bukanlah yang dimaksudkan itu dakwahnya akan tetapi kegunaannya sebagai alat pengacah kaum Muslimin  —  yang dikehendakinya senantiasa menghadapi agama itu supaya tiada sedar akan serangan lain yang lebih hebat, yang dihumbankan dari jurusan lain yang tiada disangka-sangka oleh kita. Sambil Kaum Muslimin giat menghadapi jurusan gereja-gereja dan da‘wah Kristian maka Kebudayaan barat mengharu kita dari pintu belakang menerusi sistem pendidikan dan pelajaran, dari peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi. Alat yang kini dipergunakannya bukanlah agama akan tetap ilmu pengetahuan . Pada faham umum, ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang bersifat tiada menyebelahi pihak manapun. Ilmu pengetahuan kononya adalah ilmu pengetahuan , dan tiada menyebelahi pihak Islam atau kafir, putih atau hitam, kuning atau coklat. Cerdik-pandai bangsa-bangsa 1   Syed Muhammad Naquib al-Attas,  Risalah untuk Kaum Muslimin  p47  16.   barat tahu bahawa Islam itu merupakan lambang agung ilmu pengetahuan; bahawa agama islam menyanjung tinggi ilmu dan menyebarkannya ke mana sahaja dia bersebar; bahawa Ras ū lull ā h, ṣalla‘L l āhu ‗alayhi wa sallam, jenuh menggesa Umat Islam supaya menuntut ilmu di mana pun terdapatnya; bahawa orang-orang Islam sangat giat menuntut ilmu sebab menuntutnya itu adalah fardu  bagi tiap Muslim lelaki dan perempuan. Maka darihal demikian, andai kata Kebudayaan barat menda‘wa bahawa dialah kini yang mewarisi khazanah ilmu pengetahuan, lantas mempengaruhi dunia dalam hal sahnya penda‘waan demikian, maka tentulah pula Umat islam pun tiada akan lengah berdaya usaha memperoleh ilmu itu daripada Kebudayaan Barat demi memperlengkapi dirinya yang kekurangan. Oleh kerana sifat ilmu itu memang seakan-akan tiada menyebelahi pihak manapun  —  iaitu bahawa ilmu itu bersikap neutral seolah-olah tawar ; tiada manis-pahitnya, tiada baik-buruknya, tiada benar-palsunya  —  maka umat islam dengan tiada lengah lagi dan dengan tiada mengendahkan apa-apa perasaan shak wasangka terhadapnya itu, terus sahaja mengarahkan dirinya menyerapi ilmu yang disuguhkan itu. Keadaan ini memang difahami benar oleh Kebudayaan Barat, yang menjadikan ilmu pengetahuan sebagai harapan agungnya bagi menda‗yahkan nilai -nilai serta faham dan konsep-konsep kebudayaannya. Siapa menyangkan bahawa ilmu pengetahuan itu dapat dijadikan alat yang sangat halus dan tajam    bagi menda‗yahkan cara dan  pandangan hidup sesuatu kebudayaan! Kita patut tahu , dan sesudah mengetahui patut insaf   pula, bahawa ilmu pengetahuan itu sebenarnya tiada bersifat neutral; bahawa di antara pelbagai kebudayaan maka masing-masing mempunyai faham tertentu mengenainya  —  meskipun kesamaan faham itu juga ada terdapat di antaranya semua. Dan di antara islam dan Kebudayaan Barat terdapat faham yang berbeza mengenai ilmu, dan  perbezaan yang terdapat itu demikian mendalam dan mutlak seakan-akan jurang yang tiada dapat dipertitikan, yang tiada dapat dipertemukan. Al- Qur‘ānu‘l -Kar   ī  m berkali-kali menegaskan perbezaan antara ilmu  ( al- ‘ilm ) dan dugaan  (  ẓ  ann ) atau tanggapan, dan pendapat atau rekaan sendiri (haw ā ) dan hasil pendapat-pendapat yang cuba untuk menafikan kebenaran sesuatu sehingga menimbulkan shak (mir  ā ). Sungguhpun ilmu atau al- ‗ilm itu  memang terdapat dalam dasar fikiran Kebudayaan Barat, akan tetapi dugaan serta rekaan sendiri dan gaya menimbulkan shak terhadap kebenaran, iaitu ẓ ann, haw ā  dan mir  ā  ketiganya merupakan rumusan yang lebih difahamkannya sebagai ilmu. 2   2   Syed Muhammad Naquib al-Attas,  Risalah untuk Kaum Muslimin  p48,49,50  17.    III Attention Gerak-daya menuju ke arah pencapaian pembangunan yang dimaksudkan tentu akan mengambil masa yang lama justeru sebab pemikiran yang terbayang dalamnya merangkumi berbagai masalah ilmiah  pokok yang belum ketara pada penglihatan batin sebahagian besar golongan ilmuan; masih samar dalam  pemikiran setengahnya; tiada disedari langsung oleh setengahnya lagi. Kemudian pula kepada mereka yang sedar akan terasa jelas betapa besar dan hebatnya usaha yang harus dikerahkan  demi menghadapi cabaran menggenting yang akan ketara pada penglihatan batinnya. Dan mereka inilah yang faham akan ertinya bersabar . Kepada mereka akan ternyata ruginya bergopoh dan untungnya beratur-rapih dalam melaksanakan perjuangan yang memajang ini.  II THE CONCEPT OF EDUCATION IN ISLAM 3  I The world of nature as depicted in the Holy Qur‘an, is like a Great Open Book   that speaks to man about its Author. 4   Specialization  does indeed refer to the needs of society and the state; but specialization does not necessarily have to realize what it signifies to a secular state and society. 5  .    ٌِ  ىُكُشُيْهْٌههؤُخههيهْا   هِهِْههرِهىُْهههٍْهط  ناْٌهُُْهلْذهْِ   ۚ  ٌِ    ِِىُُظِهِ    ۚ  ٌِ  هٌهكًِهًشِه  The rise of modernist movement in the latter half of the last century heralded not so much the emergence  of a Muslim intellectual and spiritual awakening and sobriety ; it marked, rather, the beginnings of a widespread and systematic undermining of past scholarship and its intellectual and spiritual leadership, leaving us to inherit today their legacy of cultural, intellectual and spiritual confusion. All the roots of our general dilemma are interdependent and operate in a vicious circle. And the chief cause is confusion and error in knowledge; and in order to break this vicious circle and remedy this grave  problem, we must first come to grips with the problem of loss of adab , since no true knowledge can be instilled without the precondition of adab  in the one who seeks it and to whom it is imparted. Loss of adab  means the loss of the capacity for discernment of the right and proper places of things, 6   3   Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Concept of Education in Islam  p13.   4   41 ; 53   5   4 ; 58   6    Ibid 35   Loss of Adab Confusion & Error False Leader
Search
Tags
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks