Travel

M/S JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT M/S JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL M/S JABATAN PELANCONGAN HOSPITALITI

Description
1 KANDUNGAN M/S 4 1 PERUTUSAN PENGARAH M/S 6 2 SELAYANG PANDANG SEJARAH PRASARANA M/S VISI MISI PIAGAM PELANGGAN SAYAP KANAN PMS PELAN STRATEGIK PEN- GAJIAN TINGGI MALAYSIA (PSPTN) M/S PMS
Categories
Published
of 125
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Related Documents
Share
Transcript
1 KANDUNGAN M/S 4 1 PERUTUSAN PENGARAH M/S 6 2 SELAYANG PANDANG SEJARAH PRASARANA M/S VISI MISI PIAGAM PELANGGAN SAYAP KANAN PMS PELAN STRATEGIK PEN- GAJIAN TINGGI MALAYSIA (PSPTN) M/S PMS DI PERSADA KEGEMILANGAN PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN M/S FAKTA PMS ENROLMEN STATISTIK 1L5G M/S JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT M/S JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL M/S JABATAN PELANCONGAN HOSPITALITI M/S JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL M/S JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER M/S JABATAN PENGAJIAN AM M/S UNIT HAL EHWAL PELAJAR M/S UNIT PERPUSTAKAAN M/S UNIT PEPERIKSAAN M/S UNIT JAMINAN KUALITI M/S UNIT LATIHAN 7 PENDI- DIKAN LANJUTAN M/S 100 UNIT TEKNOLOGI MAK- LUMAT & KOMUNIKASI M/S UNIT PENTADBIRAN M/S UNIT KAMSIS M/S UNIT SUKAN KOKURIKULUM & KEBUDAYAAN M/S UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI M/S PUSPANITA PMS M/S PERHUBUNGAN AWAM M/S WARNA-WARNI PMS M/S UNIT PSIKOLOGI & KERJAYA M/S 123 PENGHARGAAN M/S JABATAN PERDAGANGAN M/S UNIT PEMBANGUNAN INSTRUKSIONAL & MULTIMEDIA M/S 124 AHLI JAWATAN KUASA 2 1 PERUTUSAN PENGARAH 3 Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T Laporan Tahunan 2014 telah siap dengan sempurnanya sebagaimana yang telah direncanakan. Ribuan terima kasih kepada Pasukan Redaksi Politeknik Muadzam Shah yang telah berjaya menyiapkan Laporan Tahunan bagi tahun Sepanjang 2014 ini, Politeknik Muadzam Shah telah dimartabatkan sebagai sebuah Politeknik yang berdaya saing meneraju Pusat Teknologi Automasi yang merupakan pusat rujukan utama kepada industri dalam bentuk perkogsian pintar daripada aspek teknologi dan kemahiran automasi. Dalam masa yang sama juga kami telah mendapat pengiktarafan 5 Bintang bagi Penilaian Polyrate serta mendapat kedudukan pertama dalam kategori Politeknik Konvensional 2. Pengiktirafan ini telah memacu kami untuk lebih berkembang serta mengekalkan status yang dicapai ini untuk lebih berdaya saing sebagai sebuah Politeknik yang terulung menawarkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional di Malaysia. Walaupun amanah ini amat berat untuk dipikul namun dengan semangat kerja berpasukan, keharmonian sumber manusia serta penerapan kerja sebagai satu ibadah, saya percaya Politeknik Muadzam Shah sudah pasti dapat mengekalkan status tersebut. Politeknik Muadzam Shah telah beroperasi menerusi 7 Jabatan dan 20 Unit sebagai pemain dalam setiap aktiviti serta program samada diperingkat Negeri mahupun Nasional. Kejayaan demi kejayaan telah dirangkul untuk mengangkat nama Politeknik Muadzam Shah sebagai Penggerak Minda Strategik. Laporan tahunan ini, merangkum kejayaan setiap Jabatan serta Unit untuk di paparkan sebagai bukti kecemerlangan warga Politeknik Muadzam Shah kepada pembaca. Selain itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi Sektor Pendidikan Tinggi (PPPM-PT) menerusi lonjakan pertama iaitu Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang; bertujuan membentukkan graduan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Graduan berkenaan memiliki disiplin ilmu yang relevan, akhlak dan penetapan minda yang sesuai, tingkah laku dan beradab untuk memajukan diri bagi membolehkan mereka memberikan sumbangan kepada keharmonian dan kemajuan keluarga, masyarakat, Negara dan komuniti global. Kualiti ini diserlahkan melalui enam atribut utama iaitu etika dan kerohanian, kemahiran memimpin, identiti nasional, kemahiran Bahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan. Pembangunan graduan dalam enam domain ini ialah lanjutan daripada pendidikan asas hingga pendidikan tinggi. Peringkat akhirnya, Graduan ditransformasikan dari Pencari Pekerjaan kepada Pencipta Pekerjaan Akhir kata sebelum tirai dilabuhkan, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha menyiapakan Laporan Tahunan ini. Tahniah dan syabas atas kejayaan anda semua, semoga usaha anda semua mendapat rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. Sekian, terima kasih. Wassalam 4 2 selayang PANDANG SEJARAH PRASARANA 5 Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah memulakan operasinya pada 1 Ogos 2003 dan merupakan Politeknik yang ke 19 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pada awal penubuhannya, Politeknik Muadzam Shah beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah. Sebuah bangunan sekolah 3 tingkat, 2 buah makmal dan dua buah asrama telah dipinjamkan oleh pihak sekolah bagi permulaan operasi Politeknik Muadzam Shah. Politeknik Muadzam Shah menerima kumpulan kakitangan perintis yang pertama pada tahun Seramai lebih kurang 20 orang staf yang terdiri daripada pensyarah, kakitangan sokongan dan ketua-ketua jabatan memulakan tugas rasmi mereka yang bermula pada Ogos Jumlah itu kemudiannya bertambah pada tahun 2004, apabila seramai lebih kurang 50 kakitangan yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan akademik melapor diri di Politeknik Muadzam Shah. Pada peringkat awal, hanya dua program yang ditawarkan iaitu Sijil Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan Sijil Pengajian Perniagaan. Operasi politeknik semakin lama semakin berkembang dengan pertambahan jumlah pelajar. Politeknik Muadzam Shah telah mengeluarkan graduan sulungnya seramai 63 orang dari pengambilan sesi Januari 2004 dan 77 orang dari sesi Julai Sebagai graduan perintis, mereka mendapat bimbingan daripada kakitangan akademik yang komited dalam melahirkan pelajar berilmu pengetahuan dan berkemahiran. Manakala bahagian pengurusan dan pentadbiran pula digerakkan melalui kerjasama staf yang terdiri daripada kumpulan kakitangan pengurusan & profesional dan kakitangan sokongan. Politeknik Muadzam Shah mempunyai kumpulan pengurusan yang beriltizam untuk menjadikan politeknik ini sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu dan kemahiran yang terunggul di negara ini. Pada awal 2006, Politeknik Muadzam Shah kemudiannya terpaksa menyewa Bangunan Galeri Ilmu melalui Majlis Daerah Rompin sebagai penempatan sementara bagi menempatkan Unit Pentadbiran, Unit Kewangan, Unit Stor, Unit Instruksional dan Multimedia dan Unit Pembangunan dan Penyenggaraan serta Kamsis pelajar lelaki. Bermula dengan perpindahan dan penempatan sementara itu, kini segala urusan pentadbiran akan dilakukan dan dilaksanakan di Bangunan Galeri Ilmu. 6 3 VISI MISI PIAGAM PELANGGAN SAYAP KANAN PMS PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA (PSPTN) 7 VISI POLITEKNIK MALAYSIA Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri To be the Premier Industry-led TVET institution MISI POLITEKNIK MALAYSIA 1. Menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf To provide access to quality and recognised TVET programme 2. Membangunkan kurikulum yang dipimpin industri dan meningkatkan kesediaan graduan melalui penglibatan industri yang diselaraskan To develop industry-led curriculum and enhance graduate readiness through coordinated industry engagement 3. Menghasilkan graduan yang seimbang dan berdaya keusahawanan melalui program pengajian yang dinamik dan mampan To produce balanced and entreprising graduate through dynamic and sustainable study programme 4. Mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui kerjasama dan penyertaan aktif dalam komuniti TVET To gain international recognition through collaboration and active participations in TVET community VISI PMS Menjadi penjana modal insan holistik melalui program TVET yang ditawarkan bagi memenuhi kompetensi industri global MISI PMS Membangunkan graduan TVET yang berkualiti, berteraskan industri, seimbang, berdaya keusahawanan dan diiktiraf antarabangsa PIAGAM PELANGGAN 1.Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar. 2.Proses PPP dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan. 3.Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa 2 minggu selepas aduan diterima. 4.Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas semester pengajian berakhir. 5.Berusaha untuk melaksanakan 100% penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri pada semester semasa. 8 SAYAP KANAN PMS PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA (PSPTN) Teras Pertama : Meluaskan Akses dan Meningkatkan Kualiti Teras Kedua : Menambahbaik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran. Teras Ketiga : Memperteguhkan Penyelidikan dan Inovasi Teras Keempat : Memperkasakan Insitusi Pengajian Tinggi Teras Kelima : Mempergiatkan Pengantarabangsaan Teras Keenam : Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Teras Ketujuh : Mengukuhkan Sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 9 4 PMS DI PERSADA KEGEMILANGAN PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN 10 11 12 Aktiviti : Pertandingan Projek Akhir Pelajar- Educational Innovative & Development Activities; EIDA (Siri 1/2014 dan Siri 2/2014) Tarikh : 31 Mac 1 April 2014 Anjuran : Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual Tempat : Kafe dan Jabatan JRKV Program Educational Innovative & Development Activities (EIDA) merupakan proses pembangunan inovasi dan kreativiti agar hasil projek pelajar dapat dikumpulkan untuk dipertandingkan diperingkat politeknik. Pertandingan projek akhir pelajar ini berlangsung serentak dengan Majlis Penyampaian Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) oleh Dato Maznah binti Mazlan selaku ADUN Muadzam Shah. Pelajar semester akhir JRKV telah mempertandingkan 2 penyertaan dalam kategori Inovasi Produk serta 1 penyertaan bagi kategori Rancangan Perniagaan. JRKV telah memenangi: 13 14 PROGRAM MEMODENINASI KOMUNITI ORANG ASLI (MEKAR) 15 5 FAKTA PMS ENROLMEN STATISTIK IL5G 16 17 18 19 20 6 WARNA-WARNI PMS 21 GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI PMS 22 23 24 JABATAN perdagangan 25 Jabatan Perdagangan (JP) merupakan jabatan akademik pertama yang ditubuhkan di Politeknik Muadzam Shah. Jabatan ini telah diwujudkan serentak dengan penubuhan Politeknik Muadzam Shah pada Ogos Jabatan Perdagangan diterajui oleh Ketua Jabatan, Puan Hasnida Binti Ismail dan dibantu oleh dua orang Ketua Program iaitu Puan Norleza Binti Lehat sebagai Ketua Program Pengajian Perniagaan (DPM) dan Encik Mohd Zainal Bin Mat Il sebagai Ketua Program Akauntansi (DAT). Jabatan Perdagangan mempunyai 18 tenaga pengajar yang berkelayakan bagi memastikan pengajaran dapat disampaikan dengan sempurna dan disokong oleh seorang kakitangan sokongan bagi melancarkan lagi pentadbiran di Jabatan Perdagangan. Jabatan Perdagangan Politeknik Muadzam Shah menawarkan dua program diploma professional iaitu Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) dan Diploma Akauntansi (DAT). Fungsi dan peranan Jabatan Perdagangan adalah untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berpengetahuan dan mahir untuk memenuhi keperluan industri dalam kajian perniagaan dan perakaunan. Jabatan Perdagangan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan terkini seperti Bilik Pejabat Simulasi, Makmal Perakaunan, Bilik Keusahawanan, Bilik Seminar dan Pembentangan, Bilik Sokongan Perniagaan, Dewan Kuliah Mini, Bilik Kuliah dan sambungan Wi-Fi untuk memudahkan pentadbiran dan merealisasikan pembelajaran pelajar. Jabatan Perdagangan mempunyai kerjasama yang baik dengan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Nota Persefahaman (NOU) telah ditandatangani pada 17 Julai 2012 sempena Karnival Keusahawanan & Kerjaya PMS oleh Datuk Hj. Mohlis bin Jaafar selaku Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Pengajian Politeknik bagi pihak Politeknik Muadzam Shah dan Prof. Madya Dr. Shaari bin Mohd Nor yang merupakan Timbalan Naib Canselor bagi pihak Universiti Tenaga Nasional, Kampus Sultan Hj. Ahmad Shah. Majlis tersebut juga telah disaksikan oleh Datuk Haji Omar Bin ABd. Rahman iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, KPTM dan Pn. Hajjah Norlida Binti Abd Razak selaku Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Tujuan kolaborasi antara PMS dan UNITEN adalah dalam bidang-bidang berikut: Perkongsian kepakaran di kalangan staf akademik Mengadakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama Pemantapan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Mengadakan perundingan akademik (Quality Assurance) Mengadakan pembangunan program akademik bersama Mengadakan penerbitan bersama, persidangan, simposium dan lain-lain Aktiviti-aktiviti lain yang telah dianjurkan adalah seperti berikut: Laporan CSR Sehari Menjadi Siswazah Politeknik Muadzam Shah Program Pemantapan Akademik Bursa Malaysia Hari Sukaneka Jabatan Perdagangan Pembentangan Projek Akhir Bagi Kursus Business Research (PB605) Dan Ekspo Akademik Dan Inovasi (EIDA) Sesi Disember 2013 Lawatan Jejak Usahawan Industri 26 AKTIVITI 27 PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK BURSA MALAYSIA 28 Program Sambutan Hari Kemerdekaan Jabatan Perda- Management Accounting Symposium 2014gangan 29 JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT& KOMUNIKASI 30 Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) merupakan antara jabatan terawal yang diwujudkan di Politeknik Muadzam Shah. Jabatan ini dipimpin oleh Puan Hajah Zamra Binti Haji Derahman dan dibantu oleh ketua - ketua program. Dua program utama yang ditawarkan oleh JTMK adalah Program Diploma Pengaturcaraan (DIP)dan Program Diploma Rangkaian (DNS). Program Diploma Pengaturcaraan dipimpin oleh Puan Harzulaili Binti Saleh manakala Program Diploma Rangkaian dipimpin oleh Puan Fazilah Binti Ismail. Seramai 33 orang staf yang bernaung di bawah bumbung JTMK sentiasa berjuang dan menggembleng tenaga demi mencapai visi, misi dan objektif jabatan serta politeknik khasnya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun 2014 dalam usaha mencapai objektif yang telah digariskan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bengkel dan latihan yang melibatkan pelajar dan pensyarah seperti Bengkel DNS, Bengkel Robotik, Seminar Keselamatan Rangkaian, Program Google Academy, Seminar TeknoUsahawan ICT dan Kursus CES Technology. Selain itu, program yang dapat membina kemahiran softskill juga turut diadakan seperti Hari Terbuka JTMK, lawatan ilmiah ke Mesiniaga Kuala Lumpur dan Remote Sensing Malaysia. Keseluruhannya, pencapaian pelajar dan pensyarah JTMK sepanjang tahun 2014 berada di tahap yang membanggakan. Pelbagai anugerah dan pingat telah berjaya dirangkul dan secara tidak langsung mengharumkan nama Politeknik Muadzam Shah serta Jabatan Pengajian Politeknik. Asean Skills Competition di Hanoi merupakan antara pertandingan yang telah memperkasa imej politeknik di mata dunia di mana pelajar JTM PMS telah mewakili negara dalam bidang Web Design. Para pensyarah juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menyertai pelbagai pertandingan inovasi dan kemahiran sehingga keperingkatantarabangsa seperti Seoul International Invention Fair( SIIF 2014), Netexcellence, icompex dan FIRA. Manakala pada tahun 2015, beberapa kejayaan telah dicipta melalui penglibatan pelajar JTMK di dalam Pertandingan TechCreavery, Polyskills, icompex dan Pertandingan Pra Kelayakan Worldskills. Semoga JTMK akan terus teguh monongkah cabaran yang mendatang demi memartabatkan politeknik di mata dunia. 31 AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 32 AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 33 Sesi pembentangan ketika EIDA 2014 yang berlangsung di Dewan Besar PMS Hadirin yang memenuhi Dewan Kuliah Utama bagi Majlis Bersama Jabatan Penyertaan pelajar dalam International Innovation Design And Articulation (idea 2014) Kontinjen JTMK yang berjuang untuk Netexcellence Malaysia 2014 yang berlangsung di Kolej Universiti Tati, Terengganu Suasana sepanjang Program Hari Terbuka JTMK 2014 di 35 JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 36 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Muadzam Shah, telah mula beroperasi pada akhir tahun Penubuhannya adalah selari dengan perpindahan operasi daripada kampus sementara kepada kampus tetap. Pada masa kini, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal diterajui oleh En. Mohd Fuaad Bin Fesul sebagai tunggak utama pengurusan dan dibantu oleh 3 orang Ketua Program iaitu En. Mohd Rizal Azman sebagai Ketua Program Automasi, Pn. Nurul Afizah Binti Adnan sebagai Ketua Program Rekaben tuk Produk Dan Cik Nurhayaati Binti Abdullah sebagai Ketua Program Rekabentuk Pembuatan Automatif. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal juga mempunyai seramai 27 orang tenaga pengajar dan 3 orang staf sokongan dalam melancarkan sistem pengurusan jabatan. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal juga telah membuktikan keupayaannya dengan memperoleh akreditasi penuh MQA (Malaysia Qualification Agency) pada 27 November KUSMEK 14 TARIKH: Februari 2014 TEMPAT: Politeknik Muadzam Shah AKTIVITI: KARNIVAL KEUSAHAWANAN JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 37 Karnival Keusahawanan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Muadzam Shah (PMS) 2014 atau singkatannaya KUsMek 14 adalah merupakan aktiviti yang diadakan buat julung kalinya. Tujuan program ini adalah untuk menerapkan minat para pelajar dalam bidang keusahawanan sebagai satu bidang kerjaya disamping memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah perniagaan dan dapat mengaplikasikan pembelajaran dalam kehidupan seharian serta meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan. Disamping itu juga program ini bertujuan untuk memenuhi Key Performance Indicator Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu melibatkan seramai 70 orang pelajar dalam aktiviti keushawanan tersebut. KE ARAH AKREDITASI MQA JKM 2014 PRA AUDIT MQA BERSAMA PROF ROSLI TARIKH: Februari 2014 MASA: 8.00 pagi 5.00 petang TEMPAT: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal AKTIVITI: Pra Audit bersama Tahun 2014 adalah tahun di mana Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah bekerja keras bagi memastikan semua program di bawah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal mendapat akreditasi penuh. Ini adalah bertujuan untuk memastikan sistem pengurusan P&P dibuat mengikut standard jaminan kualiti serta memenuhi standard asas dan patut mencapai standard tinggi yang telah ditetapkan di dalam COPPA. Bagi tujuan tersebut, Jabatan kejuruteraan Mekanikal telah memjalankan satu sesi pra audit bersama Panel Penilaian Luar dari Universiti Malaysia Pahang Prof Dr Rosli bin Abu Bakar sebagai persediaan menghadapi au dit akreditasi penuh oleh pihak MQA. Pra Audit ini telah berlangsung dengan jayanya dan dapatan audit dari panel penilai digunakan oleh pihak jabatan sebagai panduan dalam akreditasi penuh yang telah di adakan pada 12 Mac 2014 hingga 13 Mac AUDIT MQA 2014 TARIKH: 12 Mac 2014 hingga 13 Mac 2014 MASA: 8.00 pagi 5.00 petang TEMPAT: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal AKTIVITI: Audit bersama Malaysian Qualification Accreditation 38 Audit Akreditasi penuh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Muadzam Shah bagi program Diploma Kejuruteraan Mekanikal bagi Tiga Program: Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi) telah dijalankan serentak pada 12 Mac 2014 hingga 13 Mac Seramai 2 panel luar iaitu Prof Madya Dr Othman Mamat dari Universiti Petronas, Perak dan Dr Ahmad Yasir bin Said dari Universiti Kuala Lumpur serta 2 pegawai MQA iaitu Pn Farah Nazreen bt Zainal Aziz dan Pn Hanimasra bt Abd Mukhti.Hasil daripada pengauditan ini, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah berjaya mencapai standard jaminan kualiti yang ditetapkan oleh agensi danakreditasi penuh bagi ketiga-tiga program ini seperti yang tercatat pada Sijil Akreditasi program masing-masing yang telah berkuatkuasa mulai November icompex 14 TARIKH: March 2014 TEMPAT: Politeknik Sulatan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) AKTIVITI: National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2014 (icompex 14) PMS telah menghantar 3 pasukan yang diwakili oleh 6 orang pelajar JKM dan 2 orang pelajar JTMK untuk menyertai National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2014 (icompex 14). Oleh itu, seramai 8 orang pelajar dan 5 orang pensyarah PMS terlibat sebagai pengurus pasukan, penasihat teknikal dan pensyarah pengiring. Pelajar JKM telah menghantar 2 produk yang di hasilkan oleh pelajar iaitu CORAL LAMP dan CONCEPTUAL CAR DE- SIGN. Daripada 2 penyertaan yang di hantar, CORAL LAMP telah berjaya membawa pulang pingat gangsa di mana pertandingan ini telah di sertai lebih 500 penyertaan. Produk ini adalah inovasi yang telah di lakukan oleh pelajar sendiri dengan menerapkan nilai-nilai estetik dan teknologi kawalan jauh. 39 LAWATAN INDUSTRI KE MODENAS DAN UNIMAP TARIKH: Mei 2014 TEMPAT: Universiti Malaysia Perlis, Ulu Pauh, Perlis Modenas, Gurun, Kedah. Program lawatan kerja dan indust
Search
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks