Services

Misi Bantuan ke Sitio Natas-an, Pulau Bantayan, Filipina Jun. Perayaan Ulang Tahun ke-15 Pelayanan Kebajikan Seguntor 29 Jun

Description
Misi Bantuan ke Sitio Natas-an, Pulau Bantayan, Filipina Jun KEBAJIKAN NO ISU. 45 OGOS 2014 Hanya untuk anggota gereja sahaja. Membina gereja-gereja tempatan di seluruh Sabah dan luar sempadan dalam
Categories
Published
of 8
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Related Documents
Share
Transcript
Misi Bantuan ke Sitio Natas-an, Pulau Bantayan, Filipina Jun KEBAJIKAN NO ISU. 45 OGOS 2014 Hanya untuk anggota gereja sahaja. Membina gereja-gereja tempatan di seluruh Sabah dan luar sempadan dalam penyembahan yang bersemangat, khutbah yang penuh kuasa dan memperlengkapkan diri untuk misi dan penginjilan yang efektif. Pada Jun, Rev Sim Ka Seng memimpin sebuah pasukan yang terdiri daripada 7 orang ke Sitio Natas-an, Filipina, memberikan bantuan sebagai usaha lanjutan bersama Episcopal Diocese of Davao, untuk membantu penduduk tempatan yang terjejas akibat Taufan Haiyan tahun lalu. Komuniti ini tidak menerima sebarang bantuan sejak ditimpa bencana taufan. Objektif utama misi ini ialah untuk menolong mereka membina semula rumahrumah mereka yang telah musnah. Dianggarkan terdapat 87 buah rumah yang perlu dibaiki atau dibina semula. Kerja-kerja pembaikan telah pun dimulakan pada awal Jun. Semasa perjalanan misi ini, kami dapat membina dua buah rumah bersama dengan tukang kayu tempatan. Sehingga setakat ini, dianggarkan sebanyak 25 buah rumah Anggota-anggota pasukan bersama dengan orang tempatan di sebuah rumah dalam pembinaan. telah pun siap dibina. Kami juga menyumbangkan peralatan seperti sebuah beg, bekas pensil, beberapa batang pensil dan buku-buku kepada kanakkanak. Kami juga dapat melawat semula beberapa pesakit di dua buah tempat di mana pada tahun lalu, kami pernah mengadakan kem perubatan di kedua-dua tempat tersebut. Kami bergembira kerana pesakit-pesakit yang telah menerima rawatan lanjutan di Hospital Bogo pada tahun lalu telah menunjukkan perubahan yang semakin baik. Setelah menyedari bahawa kami berada di pulau itu, beberapa penduduk tempatan telah datang melawat kami untuk berterima kasih kepada kami kerana bantuan yang telah mereka terima. Perayaan Ulang Tahun ke-15 Pelayanan Kebajikan Seguntor 29 Jun Segala Puji Syukur kepada Tuhan Yesus atas kebaikan dan kesetiaan-nya dalam pelayanan di Seguntor selama 15 tahun. Seramai 750 orang hadir terdiri daripada Paderi, Pastor, jemaat Gereja St Michael dan Seguntor serta muridmurid dari Sekolah Kebajikan Seguntor bersama ibubapa mereka. Para tetamu khas ialah Canon Yong Thiam Choy (Rektor Gereja St Michael), Ps Thomas Lee (Pengasas pelayan Seguntor bersama 5 orang pastor dan jemaat Korea), Dr Peter Thien (Pengerusi Badan Kebajikan dan Bencana Diosis) yang mewakili Diosis serta para Paderi dan jemaat dari gereja-gereja Anglikan di Sandakan. Kebaktian ini dimeriahkan dengan pujian penyembahan, tayangan video Selain daripada memberikan bantuan-bantuan fizikal, dua orang wanita daripada pasukan kami juga melayani kanak-kanak secara rohani. Kedua-dua mereka dapat berhubung baik dengan kanak-kanak di sana meskipun ada halangan bahasa. Mereka mengajar kanak-kanak untuk menyanyikan lagu-lagu penyembahan. Anggota-anggota pasukan misi bersyukur kerana mereka mempunyai peluang menyertai misi ini. Perjalanan misi ini telah mengajar mereka bagaimana untuk berpuas hati dan menghargai apa yang mereka miliki. Misi ini juga telah meluaskan perspektif mereka untuk melakukan pelayanan misi melalui kerja-kerja bantuan dan kebajikan. klip pelayanan Seguntor, persembahan murid-murid sekolah dan makan malam bersama. Sempena perayaan ulang tahun ini, kempen derma darah yang pertama kali juga telah diadakan di Pusat Misi Seguntor pada 27 Mei 2014, dan berjaya mengumpul 15 pain darah. Selain itu, Kebaktian Penyegaran Rohani juga telah diadakan pada 20 Jun Kami di Pelayanan Kebajikan Seguntor sangat bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada semua jemaat dan gereja-gereja dari seluruh Diosis terutamanya Christ Church Likas dan Gereja Good Shepherd Sandakan yang telah menyokong pelayanan kami melalui doa dan kewangan selama ini. Semoga Tuhan memberkati anda semua! Mesej daripada mendiang Bisyop The Rt Rev Datuk Albert Vun Saya mengucapkan salam hangat kepada seluruh Diosis kita dalam nama yang penuh Kuasa, Tuhan kita Yesus Kristus. Dalam isu berita kali ini, anda akan melihat laporan-laporan pendek dan gambar-gambar sambutan ulang tahun gereja-gereja kita, perayaan Paskah, pasukan bantuan ke Filipina, perkembangan dan pembangunan Institut Pelatihan Anglikan, dan khemah muda-mudi yang mana telah menarik lebih daripada 3000 orang muda. Konferensi Penerobosan Doa telah memberikan kesan kepada gereja-gereka untuk menggerakkan keghairahan berdoa. Ya, sudah tentu, kita mengutamakan salah satu komponen visi Diosis kita iaitu Rumah Perayaan. Rancangan kita sedang dipersiapkan dengan hanya sedikit lagi syarat-syarat yang perlu dipenuhi daripada Dewan Bandaraya. Dengan izin Allah, maka kita akan mulai memasang tiang besi yang pertama sebelum berakhirnya tahun ini. Projek ini akan menjadi sebuah berkat yang besar bagi Diosis, ATI dan Katedral All Saints. Beberapa kemudahan moden termasuklah sebuah pejabat baharu, akan ditambahkan kepada All Saints. Katedral All Saints harus mengangkat cabaran untuk membina sebuah kepimpinan berwawasan dalam usaha meningkatkan kehadiran gereja melampaui 5000 orang. Kita mesti memberi sokongan yang positif dan dorongan sepenuhnya kepada Dean kita. Saya mahu berterima kasih kepada semua anggota kita yang telah mendoakan khususnya untuk kesihatan saya, yang mempercayai dan mengisytiharkan kesembuhan fizikal ke atas tubuh saya. Sesungguhnya, kalau bukan anugerah Allah, maka saya tidak hidup sehingga ke hari ini dengan beberapa alasan, doktor memberikan saya suatu jangkaan masa, walau bagaimanapun saya tetap hidup melewati masa-masa itu. Hal ini menunjukkan bahawa para doktor tidak mempunyai kata putus untuk hidup saya. Allahlah yang mempunyai kata putus bagi hidup saya. Tetapi, secara fizikal, saya merasa terpukul teruk dengan pusingan rawatan kali ini. Saya merasa sangat lemah secara fizikal, dan tidak mempunyai selera makan dan kadangkala mengalami cirit birit dan muntah-muntah. Saya bertanya kepada Tuhan, Mengapa? Berapa lama? Ketika rasa sakit tak tertahankan, saya menghabiskan malammalam saya dengan tangisan. Saya berasa bahawa saya bersendirian dengan Tuhan dengan begitu sedikit orang yang menemani dan dapat benar-benar memahami saya. Terutamanya saya bersyukur kepada Allah untuk kedua-dua pembantu Bisyop yang telah mengambil tanggungjawab-tanggungjawab tambahan. Mereka telah memberikan saya dorongan dan sokongan melampaui panggilan tugas mereka. Kasih yang sejati telah saya terima daripada kedua-dua saudara ini dan daripada beberapa orang lain yang telah membuatkan saya merasa seperti melihat wajah Allah. ANGLIKAN DIOSIS SABAH Melalui penderitaan dan ketidakpastian ini, saya merasa Tuhan telah mengizinkan saya menjadi tiada apa-apa. Penderitaan ini telah mengurangkan saya kepada tiada apaapa dan seperti yang dicatatkan oleh Soren Kierkegaard, Allah mencipta segala-galanya daripada yang tiada.. dan segala yang Allah pakai, Dia mengurangkannya menjadi tiada apaapa. Untuk dikurangkan menjadi tiada apa-apa itu bermaksud diheret ke kaki kayu salib. Ia adalah suatu yang sangat berat untuk ditanggung. Saya mendapati ianya begitu menyakitkan tetapi pada masa yang sama adalah satu kurnia keintiman bersama Tuhan. Ramai daripada kalangan anda telah menunjukkan kebaikan kepada saya. Saya sangat berterima kasih kepada anda. Disebabkan kelemahan fizikal, saya telah terlepas beberapa acara yang sangat penting termasuklah perkahwinan beberapa orang Pastor dan Paderi kita. Saya berharap anda dapat memaafkan dan memahami bahawa saya hanya perlu melakukan apa yang dapat saya lakukan dalam tempoh yang pendek kehidupan saya. Untuk beberapa waktu ketika ini, saya telah bersedia. Jikalau benar pekerjaan saya telah selesai, saya bersedia untuk pergi ke Syurga. Bagi saya, hidup untuk Kristus, dan mati ialah satu keuntungan. Rasul Paulus mengatakan, dia tidak tahu mana satu untuk dipilih. Roma 8:32-39 Ia, yang tidak menyayangkan Anak-Nya sendiri, tetapi yang menyerahkan-nya bagi kita semua, bagaimanakah mungkin Ia tidak mengaruniakan segala sesuatu kepada kita bersama-sama dengan Dia? Siapakah yang akan menggugat orang-orang pilihan Allah? Allah, yang membe- (sambung pada mukasurat 2) Program Akan Datang ATI Pengajian Tempatan Penggal 3 (DCM) Pusat Lembah Berkat Telupid 21 Julai - 10 Ogos Perayaan Ulang Tahun yang ke-10 Gereja Lalang 7 Ogos Seminar Kerohanian yang Sihat Secara Emosi Katedral All Saints Ogos Retret Doa Syafaat (Chi) Ogos Perayaan Ulang Tahun yang ke-10 Gereja Anglikan Desert Stream 22 Ogos Mesyuarat Sinod Diosis ke Ogos - 3 September Mission Sunday 7 September narkan mereka? Siapakah yang akan menghukum mereka? Kristus Yesus, yang telah mati? Bahkan lebih lagi: yang telah bangkit, yang juga duduk di sebelah kanan Allah, yang malah menjadi Pembela bagi kita? Siapakah yang akan memisahkan kita dari kasih Kristus? Penindasan atau kesesakan atau penganiayaan, atau kelaparan atau ketelanjangan, atau bahaya, atau pedang? Seperti ada tertulis: Oleh karena Engkau kami ada dalam bahaya maut sepanjang hari, kami telah dianggap sebagai domba-domba sembelihan. Tetapi dalam semuanya itu kita lebih dari pada orang-orang yang menang, oleh Dia yang telah mengasihi kita. Sebab aku yakin, bahwa baik maut, maupun hidup, baik malaikat-malaikat, maupun pemerintahpemerintah, baik yang ada sekarang, maupun yang akan datang, atau kuasa-kuasa, baik yang di atas, maupun yang di bawah, ataupun sesuatu makhluk lain, tidak akan dapat memisahkan kita dari kasih Allah, yang ada dalam Kristus Yesus, Tuhan kita. Saya berterima kasih kepada semua pendoa-pendoa peribadi saya. Segala usaha anda tidaklah sia-sia saya percaya akan satu penyembuhan yang ajaib tubuh, jiwa dan roh. Halaman depan ditulis oleh mendiang Bisyop Albert Vun sebelum dia kembali kepada Tuhan pada 15 Julai Perayaan Ulang Tahun yang ke-30 Gereja Good Shepherd, Sandakan 30 April NO ISU 45, Ogos 2014 LATIHAN 11 Diploma Pelayanan Diosis Penggal 2, 2014 Pelajar DDM bersama Sel Muda-mudi BM di Katedral All Saints (gambar kiri) dan semasa kebaktian Ahad untuk berkongsi kesaksian mereka (gambar kanan). Pada 14 Jun 2014, Institut Pelatihan Anglikan (ATI) menyambut kembali para pelajar program Diploma Pelayanan Diosis (DDM) bagi pengajian modul kedua mereka. Penggal modul ini berlangsung dari 14 Jun hingga 7 Julai. Ia amat mengujakan bagi para pelajar apabila mereka meneliti secara mendalam tentang subjek Hermeneutik dengan tutor pelawat, Rev Nelly van Kampen; Homiletik dengan Rev Canon Lin Khee Vun; Pengajian Misi dengan Ps Dr Judy Berinai; Doa dan Kaunseling dengan Ellel Ministries. Selain daripada penyembahan pagi pada setiap hari Rabu dengan para paderi dan pastor gereja-gereja Anglikan Kota Kinabalu, mereka turut melawat gereja tempatan pada hujung minggu dengan Pengetua mereka, Rev Canon Lin Khee Vun, untuk mempromosikan ATI dan mengongsikan kesaksian mereka. Mendiang Bisyop Albert Vun juga memilih satu kebaktian minggu untuk melatih mereka dalam menjalankan kebaktian minggu dengan lebih baik. Tarikh-tarikh Penting: Ogos 12-14, 2014 Seminar Kerohanian yang Sihat Secara Emosi (Wajib untuk semua pelajar ATI) September 17 - Oktober 21, 2014 Pengajian DDM Modul 3 KOMITI PENYUNTING Penasihat Mendiang Bisyop Albert Vun Pembantu Bisyop John Yeo Pembantu Bisyop Melter Tais Penyunting Beatrice Goh Datin Mary Vun Rev Jemmie Pitah Ps Stella Lo Ps Susan Tan Ps Lydia Chang Alamat Surat-menyurat Wisma Anglican Jalan Lee Tet Phui, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia P O Box 10811, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Talian Tel: / / Fax: Emel: Website: Gereja Good Shepherd, Sandakan merayakan Ulang Tahun ke-30 pada 30 April dengan jamuan makan yang dihadiri oleh 1000 anggota jemaat serta para sahabat. Mesej tahniah daripada mendiang Bisyop Albert Vun telah dibacakan oleh Bisyop John Yeo yang turut menyerikan majlis itu bagi pihaknya. Perayaan Ulang Tahun yang ke-45 Christ Church Likas 22 Jun Pekerjaan Misi Pembangunan dan perkembangan di Nunukan dan Seimenggaris Pavilion baru di sebelah Gereja Kristus Raja Segala Raja, Nunukan. Dedikasi Pavilion dan acara penutupan Khemah Muda-mudi Nunukan. Dicetak oleh Mirajin Sdn. Berhad Lot 49 & 50, Hiong Tiopng Industrial Centre, Lorong Buah Salak 5, 11.2km, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah Christ Church Likas merayakan Ulang Tahun ke-45 pada 22 Jun. Ia adalah gabungan Kebaktian Ahad serta Perayaan Kesyukuran. Mendiang Bisyop Albert Vun telah menyampaikan mesej pada hari Ahad itu untuk menggalakkan dan mencabar jemaah. Dean Chak Sen Fen (Pengerusi Komiti Misi dan Penanaman Gereja) dan Alan Mau (ahli) membuat lawatan ke gereja di Seimenggaris. Cadangan tapak bangunan gereja baharu di Seimenggaris. Fakulti Baru Institut Pelatihan Anglikan (ATI) Institut Pelatihan Anglikan (ATI) mengalu-alukan Dr Kim Chang-Kyu dan isterinya So-Ra sebagai anggota fakultinya yang baharu. Dr Kim Chang-Kyu memperoleh Kedoktoran dalam Pengajian Teologi dari Trinity College, University of Bristol. Beliau juga memiliki BA dalam Pengajian Teologi (Trinity College) dan BEng/Bus (Hansung University). Sebelum menyertai ATI, beliau merupakan Pensyarah Senior di Msalato Theological College, Tanzania. Semasa tempoh tugasnya di Msalato Theological College, beliau pernah melayani sebagai Ketua Teologi. Lee So-Ra menerima MA dalam Pengajian Teologi dari Trinity College, University of Bristol dengan disertasi berjudul The Contribution of 1 Corinthians to Paul s Understanding of Leadership. Beliau juga memiliki Diploma Pendidikan Tinggi dalam Pengajian Teologi (Trinity College) dan BA dalam Pendidikan (Ewha Womans University). Sebelum menyertai ATI, beliau mengajar Teologi Gunaan di Msalato Theological College, Tanzania. LATIHAN 10 Di samping mengajar, tanggungjawab utama Dr Kim dan So-Ra adalah untuk mempertingkatkan standard akademi ATI melalui satu siri penyema-kan dan penilaian bersama dengan Pengetua dan Jawatankuasa Kajian Semula Kurikulum. NO ISU 45, Ogos 2014 PERISTIWA Ogos 2014 Katedral All Saints Penceramah: Peter Scazzero, Geri Scazzero Emotionally Healthy Marriage : RM120 Emotionally Healthy Spirituality : RM180 Emotionally Healthy Woman : RM180 Train the Facilitators : RM150 *dengan penterjemahan serentak ke Bahasa Malaysia Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari: Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Semula Kurikulum Institut Pelatihan Anglikan Jun Kerohanian yang Sihat Secara Emosi (EHS) merupakan sebuah peneraju pelayanan yang melengkapi para pastor dan pemimpin dengan sebuah paradigma kepimpinan yang baharu yang mengintegrasikan kesihatan emosi dan kehidupan rohani yang kontemplatif (merenung dan memandang). Objektif EHS ialah (1) untuk menerajui integrasi kesihatan emosi dan kehidupan rohani yang kontemplatif kepada pemuridan dan pembentukan rohani; (2) untuk mengubah kualiti para pemimpin, perhubungan, gereja-gereja dan organisasi-organisasi melalui sumber-sumber media yang kaya, latihan peribadi yang mendalam, dan hubungan peribadi. (3) untuk memperkayakan kualiti perkahwinan, terutamanya bagi para pemimpin, melalui peralatan, pengalaman konferensi-kenferensi dan seminar-seminar. Jawatankuasa terlibat secara mendalam dalam perbincangan kajian semula kurikulum. Institut Pelatihan Anglikan (ATI) akan memperkenalkan satu kurikulum yang dirombak semula bertujuan untuk memperbaiki program-program semasa dan menyelaraskan latihan dengan visi diosis. Jawatankuasa Kajian Semula Kurikulum terdiri daripada Rev Canon Lin Khee Vun (Pengerusi), Rev Canon Lidis Singkung, Rev Canon Yong Thiam Choy, Dr Kim Chang-Kyu, Ps Dr Judy Berinai, Ps Lydia Chang, Sora Kim dan Daniel Chong, dengan bimbingan penasihat Rev Dr Lim Kar-Yong. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat selama dua hari (27-28 Jun) untuk menilai kurikulum semasa bertujuan untuk memperbaiki kursus-kursus yang sedia ada. Dengan cita-cita untuk melatih pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi praktikal dan juga akademik, ahli jawatankuasa telah terlibat secara mendalam dan menyeluruh, menghasilkan suatu mesyuarat yang bermakna dan penuh pengalaman serta kepakaran yang relevan. Jawatankuasa ini telah mengakhiri mesyuarat dengan mengukuhkan kurikulum semasa, membawa kepada cadangan menawarkan program Ijazah Sarjana Muda. Laporan kemas kini akan disediakan tidak lama lagi. Mengapa anda perlu menyertai Seminar Kesihatan Secara Emosi? Adakah anda memiliki gejala-gejala kerohanian yang tidak sihat secara emosi seperti berikut? 1. Menggunakan Allah untuk lari dari pada Allah. 2. Mengabaikan emosi amarah, kesedihan dan ketakutan. Mungkin juga kekecewaan yang dialami. 3. Mensia-siakan hidup untuk tujuan yang salah. 4. Menafi kan pengalaman masa silam yang ada kesannya kepada masa kini anda, malah masa depan anda. 5. Membahagikan ruang kehidupan anda ke dalam ruang sekular dan ruang suci. 6. Gejala Maria dan Marta melakukan sesuatu untuk Allah daripada bersama dengan Allah. 7. Merohanikan konfl ik. 8. Menutup kehancuran hati anda, kelemahan dan kegagalan. 9. Hidup tanpa batasan. 10. Menilai perjalanan rohani orang lain. Jika anda memiliki gejala-gejala tersebut, maka inilah seminar yang sesuai untuk anda. Mengabaikan emosi kita ialah membelakangkan realiti. Dengan mendengar kepada emosi kita, ia akan menolong kita untuk masuk ke dalam realiti. Realitinya ialah di mana kita bertemu dengan Allah... Emosi ialah bahasa jiwa. Emosi adalah seruan yang memberikan suara hati. Peter Scazzero Konferensi Doa BM Diosis 8-11 April Pusat Lembah Berkat Telupid Segala puji syukur kepada Tuhan untuk penyertaan-nya semasa konferensi ini. Kita bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan hikmat, kekuatan dan kemampuan untuk merancang dan seterusnya melaksanakan konferensi ini dengan jayanya. Konferensi doa bahagian Bahasa Malaysia Diosis ini adalah yang kedua kali. Konferensi ini memberi penekanan dalam hal berdoa menuntut janji-janji Tuhan yang memberi pemulihan kepada umat-nya. Kehadiran peserta seramai 541 orang berseru kepada Tuhan di dalam doa pemulihan suku, generasi, negerinegeri di Malaysia dan juga gereja dan diosis. Semua peserta berpeluang berdoa bersama mengikut gereja masingmasing dan juga mengikut suku. Saya percaya Tuhan telah memperlihatkan keperluan yang harus didoakan supaya negeri-negeri di Malaysia dan setiap suku di muka bumi ini akan menjadi milik Kristus. Kita sangat mengucap syukur di atas limpahan berkat Tuhan di dalam pengajaran Firman-Nya melalui hamba-nya Bisyop Melter Jiki Tais dan Rev Erwin Widjaja. Firman Tuhan yang disampaikan telah menguatkan, memberkati, Kesaksian dari Konferensi Penerobosan Doa, Mei Saya mengharungi minggu-minggu yang sukar sejak saya memikul beban keluarga dan kerja. Saya berdoa untuk diri saya sendiri. Pada Kebaktian Ahad tanggal 11 Mei, saya menerima urapan baru daripada Tuhan ketika saya didoakan oleh Ps Julius Suubi. Urapan itu sangat kuat sehingga saya rebah dua kali. Saya tidak dapat mengawal tangisan saya. Tuhan menyegarkan roh saya semasa pertemuan peribadi bersama Dia. Tanpa mengetahui beban saya, Ps Julius memberikan kata-kata daripada Tuhan kepada saya. Beliau berkata bahawa mulai saat itu, saya akan menjadi orang yang tidak sama lagi seperti dahulu dan Tuhan juga menyentuh keluarga saya. Ia adalah sebuah jaminan bagi saya bahawa Tuhan mengetahui beban yang saya pikul. Semasa konferensi ini, saya menghadiri sesi pengajaran dan juga sesi doa. Tingkat iman saya semakin bertambah. Ketika saya masuk ke dalam hadirat Tuhan, saya mulai melihat beban saya dari sudut pandangan yang berbeza. Saya sekarang dapat menghadapi cabarancabaran dengan lebih berkeyakinan. Saya percaya ketika saya menghadapi perkara-perkara yang tidak baik, tetapi apabila saya berdoa dengan sungguh-sungguh, saya akan mengalami mukjizat dan penerobosan daripada Tuhan. Semua kemuliaan kepada Allah! - Lawrence Thien PERISTIWA 4 mengajar dan mendorong peserta memperkasakan panggilan, peranan dan tanggungjawab sebagai pendoa syafaat. Pada penghujung konferensi, semua yang hadir telah sebulat suara mengungkapkan deklarasi dan mengisytiharkan janji memperkasakan kehidupan doa dengan cara melaksanakan rangkaian doa 24/7, mendirikan menara-menara doa dan melibatkan diri secara aktif dalam gelombang doa di seluru
Search
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks