Screenplays & Play

Nilai Tambah Dalam Kurikulum Sains Sosial dan Sastera: Satu Perspektif

Description
Nilai Tambah Dalam Kurikulum Akademika Sains 66 (Januari) Sosial dan 2005: Sastera: Satu 125 Perspektif 115 Pandangan/Opinion Nilai Tambah Dalam Kurikulum Sains Sosial dan Sastera: Satu Perspektif
Published
of 11
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Related Documents
Share
Transcript
Nilai Tambah Dalam Kurikulum Akademika Sains 66 (Januari) Sosial dan 2005: Sastera: Satu 125 Perspektif 115 Pandangan/Opinion Nilai Tambah Dalam Kurikulum Sains Sosial dan Sastera: Satu Perspektif PROFESSOR EMERITUS DATO DR. SHAM SANI Pandangan ini pernah dibentangkan sebagai ucaptama dalam Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan anjuran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Disember 2004 PENGENALAN Di kala teknologi canggih menjadi buruan, sains sosial dan sastera kelihatan seolah-olah semakin dipinggir. Daripada kira-kira 50,000 orang siswazah yang dilaporkan menganggur pada suku pertama tahun 2004, sebahagian besar dikatakan adalah dari bidang sains sosial dan sastera (Utusan Malaysia, 29 April 2004). Bidang-bidang Pengajian Islam dan Ekonomi juga dikatakan di antara bidang pengkhususan yang memperlihatkan kadar pengangguran siswazah yang tinggi [disebut dalam laporan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) 2004:26]. Walau bagaimanapun, di hari-hari kebelakangan ini siswazah aliran sains dan teknologi juga menerima nasib yang sama tetapi angkanya adalah relatif rendah (Utusan Malaysia, 17 Mei 2004). Menteri Sumber Manusia mencadangkan supaya pihak universiti memperkenalkan pakej latihan kemahiran bagi mempertingkatkan prospek mendapatkan pekerjaan di kalangan siswazah. Menurut beliau skim latihan semula selama dua bulan yang melibatkan on-the-job training dengan bakal-bakal majikan telah berjaya mempertingkatkan kemahiran berinteraksi dan keyakinan diri di kalangan siswazah dan ramai daripada mereka ini kemudiannya diambil terus bekerja sebagai pekerja tetap. Dianggarkan kira-kira 74 peratus daripada siswazah yang mengikuti program latihan semula ini berjaya mendapat pekerjaan dan memperolehi pendapatan di antara RM 1000 dan RM 3000 sebulan. Menurut Menteri Sumber Manusia itu lagi kegagalan siswazah untuk mendapatkan pekerjaan adalah disebabkan kurangnya kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri. Oleh kerana sebahagian besar pekerjaan yang ditawarkan melibatkan pemasaran produk, para siswazah perlulah menguasai kemahiran berkomunikasi terutama bahasa Inggeris di samping membina keyakinan diri untuk mempengaruhi dan memujuk para pelanggan. Sehubungan ini, Menteri Pendidikan Tinggi tidak berapa lama dulu me- 116 Akademika 66 nyarankan kepada pihak universiti supaya menawarkan double majors kepada para pelajar. Cara ini menurut belian akan mempertingkatkan lagi tahap employability para siswazah terutama apabila salah satu daripada pengkhususan itu merupakan pengkhususan yang berteraskan kemahiran profesional. Dalam pada itu terdapat pula pandangan daripada kalangan akademik yang mempersoalkan sama ada universiti perlu memenuhi kehendak industri dan pasaran atau ia perlu di pacu oleh nilai-nilai murni (lihat Utusan Malaysia, 18 Mei 2004). Kumpulan ini berpendapat bahawa kita tidak sekali-kali boleh mengharapkan bahwa universiti dapat memenuhi sepenuhnya kehendak pasaran. Dan pihak industri juga tidak boleh mengharapkan bahawa siswazah yang baru dilahirkan oleh universiti itu mempunyai kemahiran secukupnya pada hari pertama mereka bekerja. Industri juga mempunyai tanggungjawab dalam mendidik dan melatih bakal para pekerja mereka. Kumpulan ini berpendapat bahawa universiti adalah sebuah institusi yang seharusnya memberi nilai kepada tamadun dan masyarakat. Universiti adalah suara hati-budi masyarakat dan negara. Semua pandangan yang diberikan, sama ada oleh Menteri Sumber Manusia, Menteri Pendidikan Tinggi atau para akademik mempunyai kebenarannya masing-masing. Pada hemat saya, walaupun matlamat utama pendidikan universiti itu sememangnya lebih luas dan lebih mencukupi, tetapi tentunya untuk mendapatkan pekerjaan adalah di antara harapan yang terpenting seseorang siswazah tidak kira apa bidang pengajian yang diikuti semasa di universiti termasuk siswazah dari aliran sains sosial dan sastera. Sekiranya pihak universiti boleh membantu melahirkan tenaga mahir yang diperlukan oleh industri dan pasaran di samping mendidik para pelajar menghayati nilai-nilai murni masyarakat maka ini sesungguhnya tentulah lebih baik dan sama sekali tidak bercanggah dengan tuntutan ilmu itu sendiri. Sehubungan ini, saya amat yakin bahawa kita (tidak kira apa mazhab yang kita anuti) harus melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan dan kebolehpasaran (marketability) siswazah sains sosial dan sastera bukan sahaja untuk membantu mereka supaya lebih bersedia menghadapi dunia pekerjaan tetapi juga bagi mempastikan agar tenaga manusia yang dilatih dipertingkatkan oleh universiti itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Soal siswazah menganggur adalah isu kompleks. Pada hemat saya, isu ini tidak mungkin dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa universiti sendirian. Isu tersebut memerlukan gabungan tenaga antara universiti, industri dan pihak pemerintah bagi mempastikan supaya kemahiran yang diajarkan di universiti bersesuaian, dan transisi dari dunia ilmiah di universiti ke dunia pekerjaan di industri itu tidak terlalu bergelora. Mungkin ini memerlukan satu macam onestop centre yang dikendalikan oleh pihak universiti, industri dan Kementerian Sumber Manusia di mana para siswazah yang memerlukan boleh digarap dan justeru, lebih bersedia untuk alam pekerjaan. Saya yakin tidak semua para siswazah dalam semua bidang pengajian memerlukan perkhidmatan ini. Nilai Tambah Dalam Kurikulum Sains Sosial dan Sastera: Satu Perspektif 117 Setelah menyatakan itu, saya dengan cepat ingin kembali kepada universiti sebagai sebuah institusi ilmu, khususnya kepada program sains sosial dan sastera sebagai aliran yang kini ditawarkan kepada sebahagian besar pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Soalan yang ingin diketengahkan ialah: (1) sejauh manakah para pelajar dalam aliran sains sosial dan sastera ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat yang permintaannya sentiasa berubah dan mencabar? (2) Sejauh manakah para pelajar dalam aliran sains sosial dan sastera ini dapat dilatih dan dilentur dengan nilai tambahnya dipertingkat dan relevan dalam konteks mensyarakat yang sentiasa berubah? dan (3) Sejauh manakah pihak universiti telah berjaya menyediakan para graduannya untuk menghadapi dunia pekerjaan di industri di samping melentur mereka menjadi insan yang berpendidikan dan terpelajar. Bagi tujuan ini, ingin saya berkongsi pandangan dan terlebih dahulu melihat struktur kurikulum yang ditawarkan kini dan, dengan rendah diri, mencadangkan perubahan-perubahan yang boleh digunakan sebagai asas untuk perdebatan dan pertimbangan pihak berwajib. STRUKTUR PROGRAM SAINS SOSIAL DAN SASTERA KINI Jadual 1 dan 2 masing-masing menunjukkan struktur program Ijazah Sarjana Muda Sastera yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSKK), UKM dan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), UM Walaupun terdapat beberapa universiti awam tempatan lain yang juga menawarkan program Ijazah yang serupa, tetapi bagi keperluan kita maklumat yang diperolehi daripada UKM dan UM itu memadai untuk memberikan gambaran kasar tentang apa yang disajikan dalam program seperti ini. Beberapa ciri penting dapat dikesan daripada kedua-dua Jadual 1 dan 2 tersebut. Pertama jumlah jam kredit bagi kedua-dua program di UKM dan UM adalah lebih kurang sama; 105 jam kredit (UKM) dan 102 jam kredit (UM). Bilangan jam kredit bagi Kursus Universiti juga tidak banyak berbeza di antara kedua-dua universiti tersebut; 12 jam kredit (UKM) dan 15 jam kredit (UM). Perstrukturan kursus-kursus pengkhususan berbeza sedikit di antara UKM dan UM walaupun perbezaan dari segi jumlah bilangan jam kredit yang diperuntukkan itu masih tidak ketara; 93 jam kredit (UKM) dan 87 jam kredit (UM). UM memberikan lebihan sebanyak 3 jam kredit kepada Kursus Universiti berbanding UKM (Jadual 1 dan 2). Bagi kursus pengkhususan, UKM membahagikannya kepada tiga kumpulan, iaitu kursus teras fakulti (18 jam kredit), kursus teras pusat pengajian (60 jam kredit) dan kursus elektif (15 jam kredit). Kursus teras fakulti termasuklah kursus-kursus yang berkaitan dengan Pengantar Sains Sosial, ICT, Bahasa Inggeris, Pengantar Falsafah, Keterampilan Berbahasa dan Berkomunikasi, Sistem Sosial dan Perlembagaan Malaysia. Bagi kursus teras pusat pengajian, dua 118 Akademika 66 JADUAL 1. Struktur Program Ijazah Sarjana Muda Sastera yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM, Sesi Minimum jam Kursus Kursus Kursus Kursus Pengajian kredit untuk universiti Teras Teras Pusat Elektif penganugerahan (jam (jam Pengajian (jam kredit) ijazah kredit) (a) kredit) (b) (jam kredit) (c) (jam kredit) 2000/ / / / Sumber: Buku Panduan Fakulti bagi sesi-sesi akademik berkenaan Nota: (a) Kursus PPU dan kokurikulum 2 jam kredit. (b) Termasuklah Pengantar Sains Sosial, IT, Bahasa Inggeris, Pengantar Falsafah, Keterampilan Berbahasa dan Berkomunikasi, Sistem Sosial dan Perlembagaan Malaysia. (c) Termasuk kursus-kursus yang berteraskan disiplin dan kursus yang berteraskan permintaan pasaran. JADUAL 2. Struktur Program Ijazah Sarjana Muda Sastera yang ditawarkan oleh Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM, Sesi Minimum jam Kursus Kursus Kursus Kursus Pengajian kredit untuk universiti Fakulti Elektif Bahasa penganugerahan luar Inggeris ijazah Fakulti 87 Band 2000/ (Major 60; 8 3 Minor 27) (a)(b) MUET 87 Band 2002/ (Major 60; 3 Minor 27) (a)(b) MUET 87 Band 2003/ (Major 60; 3 Minor 27) (a)(b) MUET Sumber: Buku Panduan Fakulti bagi sesi-sesi akademik berkenaan Nota: (a) Pengkhususan Major termasuklah Antropologi/ Sosiologi, Geografi, Inggeris, Pengajian Antarabangsa dan Strategi, Pengajian Asia Tenggara, Pengajian Asia Timur, Pengajian India, Pengajian Media, Pengajian Tionghua, Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Sejarah, Pengajian Alam Sekitar, Pengajian Kependudukan, Pengajian Perbadanan dan Perancangan. (b) Minor termasuklah Matematik, Ekonomi, Pengajian Islam, Pengajian Melayu, Seni Persembahan, ICT, Pengajian Gender. Nilai Tambah Dalam Kurikulum Sains Sosial dan Sastera: Satu Perspektif 119 kumpulan dapat dikenalpasti, iaitu kursus-kursus yang berteraskan displin dan kursus-kursus yang berteraskan permintaan pasaran. Di UM, kursus pengkhususan dibahagikan hanya kepada dua kumpulan, iaitu Major dan Minor; kursus-kursus Major sebanyak 60 jam kredit dan Minor 27 jam kredit. Pengkhususan Major termasuklah Antropologi dan Sosiologi, Geografi, Inggeris, Pengajian Antarabangsa dan Strategi, Pengajian Asia Tenggara, Pengajian Asia Timur, Pengajian India, Pengajian Media, Pengajian Tionghua, Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Sejarah, Pengajian Alam Sekitar, Pengajian Kependudukan, Pengajian Perbadanan dan Perancangan. Sementara pengkhususan Minor termasuklah Matematik, Ekonomi, Pengajian Islam, Pengajian Melayu, Seni Persembahan, IT, Pengajian Gender. Satu lagi keperluan yang ditetapkan oleh UM ialah keperluan Bahasa Inggeris pada tahap Band 3 MUET. ISU-ISU BERBANGKIT DAN PERBINCANGAN Ramai di kalangan ahli akademik ingin menganggap bahawa universiti adalah gedung ilmu di mana para pelajar dididik untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna. Para pelajar pergi ke universiti bukan untuk dilatih untuk mendapatkan pekerjaan tetapi untuk dididik bagi menjadi orang yang terpelajar dan berpendidikan. Kecuali bagi bidang-bidang profesional seperti perubatan, undang-undang dan kejuruteraan, hal ini jelas terbayang dalam kurikulum program sastera dan sains sosial terutama di awal-awal tahun-tahun 1950an/ 1960-an. Di Amerika Utara terutama Amerika Syarikat, pendidikan di peringkat ijazah Sarjana Muda adalah luas dan amat liberal. Para pelajar digalakkan mengambil pilihan disiplin-disiplin yang luas dan berbagai. Di kebanyakan negara Komanwel, pilihan disiplinnya tidak begitu liberal dan lebih mengkhusus. Walau bagaimanapun. rata-rata tidak terdapat kursus atau kursus-kursus yang berteraskan kemahiran atau latihan ke arah menyediakan siswazahnya untuk mendapatkan pekerjaan khusus. Keadaan ini mula berubah sedikit pada tahun-tahun 1970an, 1980an dan 1990an. Kursus-kursus yang mirip ke arah kemahiran seperti dalam bidang penyiaran, perfileman, kewartawanan, media, dan sistem maklumat geografi (GIS) mula diperkenalkan. Di akhir tahun-tahun 1990an dan awal kurun ke-21, kursus-kursus kemahiran lain terutama ICT dan komputer pula turut serta. Keadaan yang sama juga dapat dikesan di UKM. Di awal tahun 1970-an, Fakulti Sastera masa itu hanya menawarkan kursus-kursus yang bersifat akademik tanpa kursus-kursus yang berteraskan kemahiran. Selepas itu secara perlahan-lahan, terutama di pertengahan tahun-tahun 1980an, 1990an dan seterusnya kursus-kursus kemahiran mula diperkenalkan. Dari beberapa segi, perubahan ini adalah disebabkan tuntutan dan harapan masyarakat yang kian meningkat terhadap siswazah. Pun begitu, kemasukan kursus-kursus kemahiran dan suntikan 120 Akademika 66 yang diberikan olehnya terhadap program Ijazah Sarjana Muda adalah terhad. Pada asasnya program Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial masih lagi rata-rata bersifat akademik. Para siswazahnya yang diambil bekerja di sektor awam dan swasta diberi latihan hands on atau latihan dalam perkhidmatan. Pendidikan dan latihan yang diperolehi di universiti dianggap sebagai pendidikan persediaan yang membolehkan para siswazah mengikuti dan menghayati tugasan yang diharapkan dalam profesyen masing-masing dengan baik. Tuntutan masyarakat kini dan perubahan-perubahan dalam permintaan pasaran jelas memaksa pihak universiti melihat kembali bukan sahaja jenis program yang disajikan malah cara komponen-komponen program ini diadun, disesuai dan dipadankan. Hal ini supaya program tersebut dapat memenuhi lebih daripada satu atau dua keperluan (iaitu keperluan ilmu dan keperluan pasaran untuk hidup) walaupun ini mungkin bermakna komponen-komponen ini terpaksa merentasi disiplin dan daerah kemahiran yang berbeza. Saya yakin para pelajar sastera dan sains sosial mempunyai kemampuan untuk mengikuti program-program yang berteraskan kemahiran yang terpilih dan akan mendapat manfaat daripadanya sebagai satu nilai tambah. Sebagai sebuah institusi awam, pihak universiti mahu tidak mahu perlu bertanggungjawab ke atas pelajar yang diasuhnya. Apabila sahaja meninggalkan universiti mereka bukan sahaja telah dididik dan dilatih menjadi insan yang terpelajar dan berpendidikan dalam bidang dan pengkhususan masing-masing tetapi mereka juga harus menjadi lebih employable. Satu isu lain yang berbangkit daripada kurikulum sastera dan sains sosial kini ialah keseluruhan keperluannya dirancang diselesaikan dalam masa tiga tahun akademik atau 6 semester seolah-olah semua pelajar yang mengikuti program tersebut mempunyai kebolehan yang sama. Sebahagian besar pelajar berlumba-lumba untuk menyelesaikan program dalam masa yang sesingkatsingkatnya tanpa mengira tahap pencapaian dengan harapan untuk keluar cepat dan memperolehi pekerjaan. Namun, disebabkan kurang persediaan diri maka ramailah di antara siswazah ini yang terpaksa menunggu berbulan-bulan sebelum memperolehi apa-apa pekerjaan. Beberapa di antara mereka terpaksa pula mengikuti program latihan semula yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk latihan Bahasa Inggeris, ICT dan latihan industri. Pada hemat saya Program Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial harus dipanjangkan daripada 3 tahun sekarang kepada 4-5 tahun. Sekiranya kita menerima hakikat bahawa tuntutan dan harapan masyarakat terhadap keupayaan siswazah kini telah berubah menjadi semakin tinggi dan lebih mencakupi, maka sewajarnyalah waktu yang diperuntukkan bagi program itu dipanjangkan juga. Apa yang penting adalah kandungan kurikulum program yang bakal disajikan. Kandungan kurikulum perlu digubal dengan teliti dan berhati-hati supaya hasilnya nanti akan dapat memenuhi bukan sahaja tuntutan bidang ilmu pengkhususannya tetapi juga tuntutan lain yang sepatutnya ada pada seorang siswazah yang terpelajar dan berpendidikan, seperti kebijaksanaan berkomunikasi dan Nilai Tambah Dalam Kurikulum Sains Sosial dan Sastera: Satu Perspektif 121 menulis, kemahiran dalam ICT dan mempunyai pengetahuan luas dalam bidang dan kemahiran lain di samping bidang pengkhususannya. Kemahiran berkomunikasi dan keupayaan menggunakan lebih daripada satu bahasa (terutama bahasa Inggeris) merupakan satu ukuran penting bagi siswazah universiti. Pada waktu ini, kemahiran ICT juga merupakan satu ciri penting yang dikaitkan dengan para siswazah lepasan universiti. Justeru itu, penguasaan bidang-bidang ini adalah wajib bagi semua siswazah tidak kira apa bidang pengkhususan yang dipilih. Hal ini amat perlu diterapkan dalam kurikulum semua program pengajian di universiti. Tidak ada ruang untuk manamana siswazah mengatakan bahawa bidang pengkhususannya lain, maka ia tidak mempunyai kemahiran dalam bidang bahasa (berkomunikasi dan menulis dengan baik) atau ICT. Tahap bahasa Inggeris (dan bahasa-bahasa lain) serta kemahiran ICT yang seharusnya ada pada seseorang siswazah perlu ditetapkan pada tahap yang bersesuaian dan ditegaskan sebagai keperluan wajib sebelum seseorang itu dianugerahkan ijazah. Bagi bidang sastera dan sains sosial, tuntutannya adalah lebih mencabar kerana bukan sahaja siswazahnya perlu menguasai bidang pengkhususannya, ICT dan keupayaan menggunakan bahasa Inggeris (dan bahasa-bahasa lain) dengan baik, tetapi juga kemahiran lain yang membolehkan ia bersaing di pasaran pekerjaan dan tidak merasa rendah diri. Sesungguhnya ini adalah satu tuntutan yang berat yang memerlukan satu program pendidikan yang menyeluruh serta mencabar. Saya juga ingin mencadangkan supaya diterapkan komponen latihan industri ke dalam Program Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial. Penerapan ini akan dapat melatih para pelajarnya mempertingkatkan kemahiran komunikasinya serta keupayaan mengaplikasikan segala ilmu pengkhususan dan bidang kemahirannya dalam konteks kerjaya sebenar. Komponen latihan industri ini juga akan mempertingkatkan tahap keyakinan diri serta jati diri para pelajar. Sekiranya ini dapat diurus dengan baik, (terutama apabila ini diurus dengan bantuan para majikan, Kementerian Sumber Manusia, industri dan sektor swasta) ia akan membantu para pelajar mendapatkan pekerjaan dengan lebih mudah. Sehubungan dengan bidang-bidang kemahiran yang boleh dikuasai oleh para pelajar dari bidang sastera dan sains sosial, ada beberapa yang boleh diberikan pertimbangan. Walaupun bidang-bidang ini telah dicuba oleh beberapa Fakulti Sastera dan Sains Sosial termasuk di UKM dan UM, saya ingin mencadangkan supaya bidang-bidang ini diperluas, sentiasa terus bekerjasama dengan fakultifakulti profesional yang lain, pihak industri dan pihak swasta dalam pemilihan dan pengajaran, dan lebih fokus. Bidang-bidang yang boleh dipertimbangkan termasuklah undang-undang, pemasaran, journalism dan perbankan (Jadual 3). Saya yakin senarai yang ada pada Jadual 3 itu juga boleh ditambah dan diperluaskan lagi. 122 Akademika 66 JADUAL 3. Bidang-bidang Major yang berteraskan kemahiran/ profesional yang boleh dipertimbangkan Undang-undang Perniagaan Pengurusan Pemasaran Sumber manusia Perbankan Journalism Broadcasting Insurans ICT KOMPONEN UTAMA KURIKULUM IJAZAH SARJANA MUDA (SAS- TERA/ SAINS SOSIAL) YANG DICADANGKAN Rajah 1 menunjukkan komponen-komponen utama kurikulum ijazah Sarjana Muda (sastera/ sains sosial) yang dicadangkan. Secara prinsipnya kurikulum ini terdiri daripada 2 Major; satu berteraskan disiplin pilihan sama ada dalam bidang sastera ataupun sains sosial, dan satu lagi berteraskan disiplin kemahiran menurut kehendak dan permintaan pasaran semasa. Ini tentunya harus fleksibel dan mudah diubah bergantung kepada keperluan semasa. Contoh bidang-bidang yang boleh dipertimbangkan sehubung dengan ini diberikan dalam Jadual 3. Di samping komponen-komponen Major, kurikulum ini juga memberikan tekanan kepada kursus-kursus universiti yang kini wajib dan kursus-kursus elektif. Gabungan kedua-dua komponen kursus universiti dan elektif ini boleh juga digubal bersama bagi memenuhi keperluan Pendidikan Umum
Search
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks