Health & Lifestyle

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Description
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KESAN LATIHAN SHADOW PLAY TERHADAP TAHAP KETANGKASAN PEMAIN FUTSAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI JOHOR SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Published
of 25
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Related Documents
Share
Transcript
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KESAN LATIHAN SHADOW PLAY TERHADAP TAHAP KETANGKASAN PEMAIN FUTSAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI JOHOR SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya: MOHD SHAHRIL BIN IBRAHIM (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut: Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukann oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) Alamat tetap: NO 8, JALAN 4/5, TAMAN BUKIT KEMPAS 81200, JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM. Tarikh : 15 MEI 2011 (TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penyelia: PM. DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN Tarikh: 15 MEI 2011 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. *** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaann dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ii Saya akui bahawa saya telah membaca karyaa ini dan pada pandangann saya karyaa ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan ) Tandatangann : Nama Penyelia : PM. DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN Tarikh : 15 MEI 2011. iii KESAN LATIHAN SHADOW PLAY TERHADAP TAHAP KETANGKASAN PEMAIN FUTSAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI JOHOR MOHD SHAHRIL BIN IBRAHIM Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI 2011 iv Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya Tandatangan : Nama Pelajar : MOHD SHAHRIL BIN IBRAHIM Tarikh : 15 MEI 2011. v DEDIKASI Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi. Bersyukur saya ke hadrat-nya kerana telah memberi saya kesihatan yang baik dan semangat kental untuk saya menyempurnakan kajian ini. Istimewa buat Ayahanda yang dikasihi Ibrahim Bin Abdul Kadir serta Bonda Zakiah Binti Daud. Terima kasih di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan dorongan selama ini. Buat adik-adik Noor Shahkirah, Nurul Akmalriza, Nurul Fazlin, Mohd Amir Farhan dan Siti Naziha. Terima kasih atas dorongan dan kerjasama yang kalian hulurkan. Serta tidak lupa buat teman-teman seperjuangan 4SPS dan seluruh warga SPS. Terima kasih di atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat. vi PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pembimbing saya iaitu Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Bin Zainuddin di atas kerjasama yang sepenuhnya. Segala bimbingan dan bantuan beliau dalam proses saya menyiapkan PSM ini amat saya hargai. Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang membantu dan memberikan dorongan dalam bersama-sama menyelesaikan projek ini khususnya buat rakan- rakan sekelas, pensyarah- pensyarah Sains Sukan, Fakulti Pendidikan dan rakanrakan SPS semua. Terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan. Sekian, terima kasih semua. vii ABSTRAK Ketangkasan fizikal sangat penting dalam permainan futsal kerana permainan ini memerlukan setiap pemain bergerak dalam pelbagai arah yang berbeza dengan pantas dan tepat. Kajian berbentuk eksperimental ini bertujuan untuk mengukur perubahan tahap ketangkasan pemain-pemain futsal Universiti Teknologi Malaysia selepas menjalani latihan Shadow Play. Kumpulan kawalan akan menjalani latihan rutin seperti biasa tanpa diberi program latihan tambahan dalam aktiviti mereka. Subjek terdiri daripada 12 orang pemain Futsal UTM dalam lingkungan umur 19 tahun hingga 26 tahun. Seterusnya, tahap ketangkasan pra dan pos diuji dengan menggunakan Ujian Ketangkasan SEMO, Ujian Ketangkasan Illinois dan Ujian Kepantasan Shuttle Run. Latihan Shadow Play selama 5 minggu yang melibatkan empat stesen dengan lakuan berlari pecut ke hadapan, berlari sisi dan mengundur telah diberikan, di mana pada setiap stesen subjek perlu melakukan kemahiran yang berbeza di kon seperti lari lutut tinggi ke hadapan, lari lutut tinggi ke sisi kanan, lari lutut tinggi ke sisi kiri, membuat zig- zag ke hadapan, membuat zig- zag ke belakang dan lompat hadapan lutut tinggi ke dada. Data pre dan pasca yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel Keputusan yang diperoleh menolak hipotesis (Ho). Dapatan kajian ini menunjukkan bagi ujian Illinois terdapat perbezaan yang tidak signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pre p = 0.99, p 0.05, manakala bagi ujian pasca terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan p = 0.01, p Bagi ujian SEMO, dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang tidak signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pre p = 0.31, p 0.05, manakala bagi ujian pasca terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan p = 0.00, p Bagi ujian Shuttle Run pula, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pre dan ujian pasca diantara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan p = 0.87, p 0.05 bagi ujian pre dan p = 0.33, p 0.05 bagi ujian pasca. Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa latihan Shadow Play berpotensi dalam membantu meningkatkan ketangkasan fizikal pemain futsal. Justeru itu, diharapkan latihan Shadow Play ini dapat dijadikan sebagai vii alternatif baru untuk mempelbagaikan kaedah latihan futsal dalam usaha mengekalkan dan meningkatkan ketangkasan pada tahap yang maksimum. viii ABSTRACT Agility is very important in futsal game as this game requires every player to move to different direction quickly and accurately. The rationale of this experimental research is to measure the changes of agility level among Universiti Teknologi Malaysia futsal players after following Shadow Play training. The control group will undergo routine training as usual without additional training given in their activity. The subjects for this study comprises of 12 UTM futsal players aged between 19 and 25 years old. The pre and post agility level were tested using SEMO Agility Test, Illinois Agility Test and Shuttle Run Test. Five weeks of Shadow Play training that involved four stations with speed to in front, running to side and running back and forth were assigned, where every subjects were required to doing an cone activity like high knee running forward, running high knees to the right side, running high knees to the left side, a 'zig-zag' forward, 'zig-zag' back and skip forward knee high to chest. The pre and post data gained were analyzed by using Microsoft Excel 2007 software. The result obtained are against the hypotheses (Ho). The findings of this research indicated that there were no significant differences between the treatment group subjects and the subjects in the control group for pre-test p = 0.99, p 0.05, while the post- test there were significant differences between the treatment and control groups p = 0.01, p For SEMO test, the study found that there were no significant differences between the treatment group and the control group for pre- test p = 0.31, p 0.05, while the post- test there were significant differences between the treatment and control groups p = 0.00, p For Shuttle Run test, the study showed no significant difference between pre- test and psot- test between treatment groups and control groups p = 0.87, p 0.05 for pre- test and p = 0.33, p 0.05 for post- test. This data show that Shadow Play training is important in increasing the physical agility among the futsal players. Hence, it is hoped that Shadow Play training can be exploited as an alternative in varying the futsal training approach in effort to maintain their agility at the maximum level. ix KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PERAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN i ii iv v vi vii viii xii xiv xv 1 PENDAHULUAN Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian Kepentingan Kajian Skop dan Batasan Kajian Definisi Operasional 8 x 2 SOROTAN KAJIAN Pengenalan Konsep Shadow Play Kajian Lepas Rumusan 14 3 METODOLOGI Pengenalan Rekabentuk Kajian Tempat Kajian Populasi Dan Persampelan Intrumen Kajian Prosedur Kajian Prosedeur Latihan Shadow Play Program Latihan Shadow Play Program Latihan Futsal Pentadbiran Ujian Penyediaan Peralatan Tempat Pengujian Tarikh dan Masa Pengujian Penerangan Ujian Ketangkasan Ujian Ketangkasan Illinois Ujian Ketangkasan SEMO Ujian Ketangkasan Shuttle Run 32 xi 3.11 Kajian Rintis Pengumpulan Data Penganalisaan Data 36 4 ANALISIS DATA Pengenalan Analisa Deskriptif Latar Belakang Subjek Rawatan Latar Belakang Subjek Kawalan Analisis Skor Keseluruhan Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan Perbezaan Peningkatan Tahap Ketangkasan Ujian Illinois Ujian SEMO Ujian Shuttle Run Perbandingan Purata Setiap Ujian Antara Kumpulan Rawatan Dan Kumpulan Kawalan Ujian Illinois Ujian SEMO Ujian Shuttle Run Kesimpulan 58 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN Pengenalan Ringkasan Kajian 60 xii 5.2 Perbincangan Persoalan Kajian Persoalan Kajian Persoalan Kajian Persoalan Kajian Masalah Yang Dihadapi Persampelan Kelengkapan Diri Subjek Kondisi Lokasi Kajian Cuaca Cadangan Persampelan Kelengkapan Diri Subjek Kondisi Lokasi Kajian Corak Latihan Yang Dijalankan Dan Ujian Ketangkasan Yang Dipilih Pengawalan Pemboleh Ubah Kesimpulan 70 RUJUKAN LAMPIRAN 74-77 xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT Program Latihan Shadow Play Selama 5 Minggu Program Latihan Futsal Selama 5 Minggu Masa Larian Latihan Shadow Play Kajian Rintis Taburan Bilangan Subjek Rawatan Mengikut Umur, Berat Dan Tinggi Taburan Bilangan Subjek Kawalan Mengikut Umur, Berat Dan Tinggi Skor Purata Dan Sisihan Piawai Serta Perbezaan Bagi Setiap Ujian Pre Dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Rawatan Skor Purata Dan Sisihan Piawai Serta Perbezaan Bagi Setiap Ujian Pre Dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Kawalan Skor Independent Sample T-Test setiap ujian ketangkasan serta perbezaan ujian t bagi ujian pre dan ujian pasca antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. 61 xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1 Latihan Shadow Play 20 2 Ujian Ketangkasan Illinois 30 3 Ujian Ketangkasan SEMO 31 4 Ujian Ketangkasan Shuttle Run 33 5 Latihan Shadow Play Bagi Subjek Kajian Rintis 35 6 Perbandingan Masa Pre Dan Masa Pasca Ujian Illinois Bagi Subjek Rawatan 41 7 Perbandingan Masa Pre Dan Masa Pasca Ujian SEMO Bagi Subjek Rawatan 42 8 Perbandingan Masa Pre Dan Masa Pasca Ujian Shuttle Run Bagi Subjek Rawatan 43 9 Perbandingan Masa Pre Dan Masa Pasca Ujian Illinois Bagi Subjek Kawalan Perbandingan Masa Pre Dan Masa Pasca Ujian SEMO Bagi Subjek Kawalan 46 xv 11 Perbandingan Masa Pre Dan Masa Pasca Ujian Shuttle Run Bagi Subjek Kawalan Perbezaan Tahap Ketangkasan Subjek Kumpulan Rawatan Bagi Ujian Illinois Perbezaan Tahap Ketangkasan Subjek Kumpulan Kawalan Bagi Ujian Illinois Perbezaan Tahap Ketangkasan Subjek Kumpulan Rawatan Bagi Ujian SEMO Perbezaan Tahap Ketangkasan Subjek Kumpulan Kawalan Bagi Ujian SEMO Perbezaan Tahap Ketangkasan Subjek Kumpulan Rawatan Bagi Ujian Shuttle Run Perbezaan Tahap Ketangkasan Subjek Kumpulan Rawatan Bagi Ujian Shuttle Run Perbandingan Purata Antara Ujian Pre Dan Ujian Pasca Bagi Ujian Illinois Antara Kumpulan Kawalan dengan Kumpulan Rawatan Perbandingan Purata Antara Ujian Pre Dan Ujian Pasca Bagi Ujian SEMO Antara Kumpulan Kawalan dengan Kumpulan Rawatan Perbandingan Purata Antara Ujian Pre Dan Ujian Pasca Bagi Ujian Shuttle Run Antara Kumpulan Kawalan dengan Kumpulan Rawatan 57 xvi SENARAI LAMPIRAN NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat Perlantikan Subjek 73 B Surat Perjanjian 74 C Butiran Peribadi Dan Borang Skor Subjek 75 D Maklumat Demografi Subjek 72 1 BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai. Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia YMCA. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas, hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal. Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri. Komponen kecergasan pula adalah amat penting dalam sukan futsal terutamanya aspek kecergasan yang berasaskan perlakuan motor seperti kepantasan, koordinasi dan keseimbangan. Sekiranya seseorang atlet itu mempunyai ketiga- tiga aspek kecergasan berasaskan perlakuan motor tersebut, sudah pasti atlet tersebut mampu menunjukkan prestasi yang baik. Keadaan ini menunjukkan ketangkasannya mengubah kedudukan dan 2 arah pergerakannya dengan pantas dan licin serta tindakan atau tingkah laku yang normal seseorang terhadap kebolehan tubuh badannya bertindak sebaik sahaja menerima sebarang rangsangan luar. Bagi membina tahap ketangkasan yang maksimum kepada atlet futsal, program latihan yang khusus haruslah dibina seperti program latihan agility (ketangkasan). Terdapat pelbagai definisi ketangkasan yang telah diberikan oleh penyelidik yang telah melakukan kajian tentang ketangkasan antaranya ialah Thomas dan Nelson (1990), menegaskan bahawa ketangkasan melibatkan ketepatan dan kelajuan mengubah arah badan ketika bergerak. Manakala Clake (1976) pula mendefinisikan ketangkasan sebagai kelajuan menukar arah atau kedudukan badan dan Wilmore (1990) juga mendefinisikan ketangkasan sebagai keupayaan atau kebolehan bergerak dan menukar arah kedudukan badan dengan tepat tanpa kehilangan imbangan dan kelajuan. Ketangkasan merupakan kebolehan seseorang mengubah arah atau kedudukan badannya untuk meneruskan pergerakkan lain yang selanjutnya, Schurr (1980). Manakala Johnson & Nelson (1986), menyatakan bahawa ketangkasan sebagai kebolehan fizikal seseorang yang dapat mengubah kedudukan badan dan arah secara cepat dan tepat. Ketangkasan merupakan salah satu unsur dalam faktor fisiomotor daripada koordinasi otot-saraf atau neuromuscular coordination selain daripada unsur faktor fisiomotor yang lain iaitu keseimbangan, kepantasan, masa reaksi, kuasa dan kinestetik. Ketangkasan merupakan salah satu unsur dalam fisiomotor daripada koordinasi otot-saraf (neuromuscular coordination). Selain daripada unsur fisiomotor yang lain iaitu keseimbangan, kepantasan, masa reaksi, kuasa dan kinestatik. Anarino, (1976). Koordinasi otot-saraf yang melibatkan kepantasan dan ketepatan adalah diperolehi daripada tindakan sistem saraf ke atas sistem otot dengan reaksi otot yang betul untuk menghasilkan pergerakan yang diingini. Oleh itu, keadaan ini mesti dilakukan pada masa, darjah ketepatan dan penggunaan daya yang sesuai. 3 1.1 Latar Belakang Masalah Dalam permainan futsal, dari segi penguasaan bola yang lama adalah salah satu faktor dalam menjamin sesebuah pasukan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu perlawanan. Dengan itu, menjadi keperluan bagi setiap pemain untuk bergerak ke seluruh bahagian gelanggang bagi meningkatkan dari segi penguasaan bola. Pergerakan setiap pemain dalam gelanggang tidak terbatas dan statik. Ia melibatkan pergerakan yang bervariasi dan dinamik seperti pergerakan lari ulang-alik, pergerakan yang memerlukan pemain menukar arah lariannya dan sebagainya. Bellos dan Alex (2002), menyatakan bahawa seseorang pemain itu perlu bersedia dari segi fizikal dalam konteks pergerakan tubuh badannya. Dengan itu, ia merangkumi aspek- aspek kepantasan dan ketangkasan seseorang pemain, maka penekanan utama untuk persediaan fizikal adalah berkhususkan pada ketangkasan dan kepantasan. Oleh itu, jika seseorang pemain futsal berhasrat untuk menjadi pemain yang mempunyai kemampuan untuk bergerak khususnya mengubah arah pergerakan tubuh badan dengan baik ke pelbagai arah ketika bermain maka dia harus memberi penekanan terhadap ketangkasan pergerakannya. Secara tidak langsung ia telah meningkatkan kemampuan seseorang pemain itu dari segi kemahiran, kawalan, hantaran dan penguasaan gelanggang. Kemudian, jika seseorang pemain ingin mengekalkan konsistensi dalam permainannya serta membolehkan seseorang pemain bersaing dalam permainan pantas ini, dia perlulah mempunyai tahap kecergasan fizikal yang tinggi seperti kekuatan, kuasa, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, fleksibiliti, koordinasi dan ketangkasan khususnya. Seseorang pemain yang tidak mempunyai ketangkasan dalam pergerakkannya ketika di dalam gelanggang akan menghadapi masalah untuk mendapatkan bola sama ada untuk menjaringkan gol atau menyelamatkan bola daripada dijaring oleh pihak lawan. Semua pemain di setiap posisi perlu mempunyai ketangkasan untuk bergerak dan menukar arah kedudukan badan dengan cepat dan tepat sama ada ketika mengejar, membawa, menghantar bola dan melakukan rembatan ke arah gol lawan. Kemungkinan besar aspek ini akan menjadi punca utama kekalahan setiap pasukan sekiranya jurulatih 4 tidak memberikan penekanan utama dalam melatih pemain- pemainnya. Oleh itu ketangkasan setiap pemain perlu diberi perhatian yang serius bagi mencapai keputusan yang baik dalam sesuatu perlawanan. Masalah ini harus ditinjau dari peringkat awal dan bergantung kepada kepada jenis atau kaedah latihan yang diberikan. Kajian ini dijalankan bertepatan dengan permasalahan setiap pemain kerana setiap pemain mempunyai tahap ketangkasan yang berbeza selepas menjalani program latihan yang sama. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor baka atau bentuk fisiologi tubuh setiap pemain adalah bebrbeza antara satu sama lain. Disebabkan fenomena ini, daripada latar belakang kajian, pengkaji berhasrat melihat shadow play sebagai salah satu latihan ketangkasan dalam permainan futsal. Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk menjadikan shadow play sebagai latihan alternatif untuk mempelbagaikan kaedah latihan ketangkasan dalam permainan futsal. 1.2 Pernyataan masalah Selain daripada teknik dan taktik permainan, salah satu elemen yang penting untuk menentukan kejayaan sesebuah pasukan dalam permainan futsal ialah tahap ketangkasan para pemainnya. Apabila kita berbincang tentang ketangkasan pasti melibatkan lakuan motor seperti kemampuan untuk berhenti, bergerak dan menukar arah pergerakan badan atau dengan pantas dalam pelbagai gaya lakuan. Seseorang pemain yang tangkas dianggap mempunyai kelebihan berbanding pemain yang kurang pantas. Jika pemain tersebut tangkas adalah mudah bagi pemain itu untuk mengekang serangan dari pihak musuh serta pemain tidak akan menghadapi masalah untuk menerima dan menghantar bola sewaktu melakukan serangan. Jika aspek ketangkasan ini diab
Search
Similar documents
View more...
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks