Environment

75184.pdf

Description
75184.pdf
Categories
Published
of 284
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Related Documents
Share
Transcript
   SISTEM PEMBELAJARAN DAN KAEDAH HAFAZAN AL-QUR’AN YANG EFEKTIF: SATU KAJIAN DI KUALA LUMPUR DAN TERENGGANU PENYELIDIK-PENYELIDIK: USTAZ ABDUL HAFIZ BIN HAJI ABDULLAH P.M. DR. HUSSIN BIN SALAMON USTAZ AZMI SHAH BIN SURATMAN USTAZ SULAIMAN SHAKIB BIN MOHD NOOR USTAZ KAMARUL AZMI BIN JASMI USTAZ ABDUL BASIT BIN SAMAT @ DARAWI   UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2005     iii  ABSTRAK Penyelidikan yang dijalankan ini ialah satu kajian untuk melihat serta mengkaji Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan al-Quran Yang Efektif: Satu Kajian di Kuala Lumpur dan Terengganu. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat apakah kaedah yang paling sesuai dan berkesan di dalam pembelajaran dan penghafazan al-Quran. Kajian ini telah dijalankan di dua buah institusi tahfiz yang ada di Malaysia iaitu di Institut Al-Quran Kuala Lumpur dan Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Terengganu. Seramai 368 orang responden yang terdiri daripada pelajar di kedua-dua institusi tahfiz yang terlibat di dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah melalui borang soal selidik yang telah diedarkan, temubual yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat serta kajian perpustakaan. Keseluruhan data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)  versi 12.0. Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini adalah mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh penyelidik iaitu untuk mengkaji apakah sistem pembelajaran dan kaedah hafazan al-Quran yang paling berkesan di dalam mendalami ilmu al-Quran. Penyelidik: Ustaz Abdul Hafiz bin Haji Abdullah (Ketua) Prof. Madya. Dr. Hussin bin Salamon Ustaz Azmi Shah bin Suratman Ustaz Sulaiman Shakib bin Mohd Noor Ustaz Kamarul Azmi bin Jasmi Ustaz Abdul Basit bin Samat @ Darawi Email : abhafiz@utm.my / abdul_haafiiz@yahoo.com  Tel : 07-5535046 Vot : 75184   iv  ABSTRACT The purpose of this research is to study and identify an effective method of learning and memorizing al-Quran in Kuala Lumpur and Terengganu. The focus of the study is to know and the most effective method in memorizing al-Quran. The research has been done at two memorizing institutions in Malaysia; al-Quran memorizing institute of Kuala Lumpur and the School of Quran at Kubang Bujuk, Terengganu. 368 respondents has been selected from these institutions to be involved in this research. The instrument used in this research is a set of questionnaires, interview and library research. The data is analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 12.0. In summary, this research has achieved its objective; that is to know the most suitable and the most effective method in the learning and memorizing al-Quran. Key Researchers: Ustaz Abdul Hafiz bin Haji Abdullah (Head) Prof. Madya. Dr. Hussin bin Salamon Ustaz Azmi Shah bin Suratman Ustaz Sulaiman Shakib bin Mohd Noor Ustaz Kamarul Azmi bin Jasmi Ustaz Abdul Basit bin Samat @ Darawi Email : abhafiz@utm.my / abdul_haafiiz@yahoo.com  Tel : 07-5535046 Vot : 75184    ii  PENGHARGAAN Kajian ini adalah gerakkerja secara berpasukan. Kami berterima kasih kepada semua ma'ahad-ma'ahad tahfiz khasnya Institut Al-Quran Kuala Lumpur dan Maahad Tahfiz al-Qur’an Kubang Bujuk, Selada, Terengganu. Di peringkat kutipan data, kami berterima kasih kerana telah mendapat kerjasama, bantuan, serta pandangan daripada pengetua-pengetua ma'ahad tahfiz khasnya kepada Ustaz Khairudin b. Ramli selaku Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Kuala Lumpur dan Ustaz Hj. Ramli b. Muda selaku Pengetua Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Serada, penyelia-penyelia dan guru-guru tahfiz al-Quran serta pelajar-pelajar tahfiz di ma'ahad-ma'ahad tahfiz yang terlibat dalam memberikan maklumat yang diperlukan secara terperinci. Penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia dan pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial yang banyak memberi sokongan moral, material dan teknikal dalam menyiapkan penyelidikan ini. Diharap usaha berkumpulan ini telah memberikan banyak pengetahuan dan pengalaman kepada pegawai-pegawai penyelidik dan pembantu-pembantu pegawai penyelidik kajian ini. Terima kasih juga disampaikan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses kajian dan dokumentasi laporan akhir ini. Penyelidik : Ustaz Abdul Hafiz bin Haji Abdullah (Ketua) Prof. Madya Dr. Hussin bin Salamon Ustaz Azmi Shah bin Suratman Ustaz Sulaiman Shakib Mohd Noor Ustaz Kamarul Azmi bin Jasmi Ustaz Abdul Basit bin Samat @ Darawi Julai 2005, Skudai, Johor. Segala pertanyaan boleh di alamatkan kepada: Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial, UTM, Tel: 07 5535046 Email : abhafiz@utm.my / abdul_haafiiz@yahoo.com    BIBLIOGRAFI  Al-Quran al-Karim Wa Tarjamat Ma’anihi Ila al-Lughat al-Indunusiyyah . 1413H. Madinah al-Munawwarah: Mujamma’ Khadim al-Haramayn al-Sharifayn al-Malik al-Fahd Li Tiba’at al-Mushaf al-Sharif. Ab. Fatah Hasan. (1994). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran . Skudai: UTM. Abd. al-Latif Fayizdaryan. (1999). al-Tabyin fi Ahkam Tilawat al-Kitab al-Mubin. Bayrut: Dar al-Ma’rifah. Abdul Aziz Abdul Rauf . (1994). Kiat Sukses Menjadi Hafidz Qur’an Da'iyah; Syarat  Dengan Penanaman Motivasi, Penjelasan Teknis Dan Pemecahan Masalah.  Jakarta: Insan Qur’ani Press. Abdul Hafiz bin Haji Abdullah (Ketua Penyelidik). (2003). Penyelidikan Jangka Pendek: Keberkesanan Kaedah Hafazan Di Pusat Tahfiz. Skudai: Research Management Centre Universiti Teknologi Malaysia. Abu Najihat al-Hafiz. (2001). Panduan Bagi Hafiz-Hafizah & Qari-Qari'ah.  Selangor: Penerbitan Darul Iman Sdn. Bhd.
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x