Scrapbooking

METODE DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI IE ( M) DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM BETAWI JAKARTA-INDONSIA

Description
METODE DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI IE ( M) DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM BETAWI JAKARTA-INDONSIA Muhammad Choirin 1 Fakhrul Adabi Abdul Kadir 2 Abstrak The methodology adopted missionary preacher
Categories
Published
of 20
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Related Documents
Share
Transcript
METODE DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI IE ( M) DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM BETAWI JAKARTA-INDONSIA Muhammad Choirin 1 Fakhrul Adabi Abdul Kadir 2 Abstrak The methodology adopted missionary preacher is key to a successful missionary. Article entitled Methodology Missionary K.H. Abdullah Syafi'ie ( ) in Jakarta-Indonesia society aims to study the incredible figure and identify the missionary method used. The methodology used in survey research library and go to the target missionary. Library research using content analysis of documents and data. The field study using observations, historical documentation and interviews with respondents who have a relationship with a figure study. The study found that K.H. Abdullah Syafi'ie a missionary figure Batavia owns many privileges. The study also found that the diversity of methods used missionary figure studies, namely through oral preaching, writing and preaching directly. Even all the missionary method adopted by the leaders of the research can be felt by the community so far. Key Word: Islamic Preaching, Da wah Method, Betawi Islamic Scholar and Islamic Education Institution. Pengenalan K.H. Abdullah Syafi ie (selanjutnya disebut Abdullah Syafi ie) adalah seorang ulama yang memiliki karisma tinggi. Ketokohanya dalam 1 Muhammad Choirin, Sarjana Usuluddin, pensyarah Kuliyah DÉr al- ikmah li Ilm UÎËl al-dên Bekasi-Jawa Barat dan calon Ijazah Kedoktoran di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 2 Fakhrul Adabi Abdul Kadir, PhD, pensyarah kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 163 bidang dakwah dikenali secara meluas di Indonesia. Pengaruh dakwah beliau sangat besar, khususnya dalam kalangan masyarakat Betawi. Selain dakwah menerusi ceramah, beliau menjalankan dakwah menerusi institusi pendidikan Islam. Selama hayatnya, beliau mengasaskan institusi pendidikan sebanyak 36 buah institusi pengajian mulai dari pra sekolah hingga institusi pengajian tinggi. Atas sumbangannya yang besar tersebut, perbincangan mengenai masyarakat Islam Betawi tidak akan sempurna kecuali dengan membincangkan Abdullah Syafi ie. Dalam konteks tabligh, beliau dikenali sebagai Macan Betawi yang menggambarkan mengenai kemahiran beliau dalam dunia pidato. Dalam konteks pendidikan Islam beliau dikenali sebagai salah seorang tokoh pendidikan di Indonesia. Perkembangan Islam di Jakarta Disebutkan dalam sejarah bahawa Islam masuk ke Jakarta dijangka pada abad ke-15 M. Kedatangan Islam di wilayah ini dapat dirujuk dari wujudnya pondok Qurro di Karawang yang diasaskan pada tahun 1418M. 3 Pendapat ini dikuatkan oleh keterangan dalam kitab Caruban Nagari bahawa pimpinan pesantren Sheikh Hasanuddin adalah seorang anak Sheikh Yusuf Siddiq yang berasal daripada Kamboja. 4 Sumber lain menyatakan bahawa agama Islam masuk Jakarta pada tahun 1526 M bersamaan dengan kejayaan Fatahillah merebut bandar Sunda Kelapa dari penjajah Belanda. Usaha umat Islam menyebarkan agama Islam melalui pusat pengajian non-formal seperti masjid, musolla dan madrasah. Antara pusat pengajian itu ialah Masjid al-makmur Tanah Abang (1620 M), Masjid al-mansyur Kampung Sawah (1717 M), Masjid Angke (1761 M), Masjid Jami Tambora Jembatan Lima (1762 M) dan Masjid Istiqomah Tegal Parang (1805 M). 5 Pada awal kurun ke-19, atas jasa baik seorang peniaga kaya dari Makassar bernama Haji Imam Muhammad, didirikanlah masjid di daerah Bidara Cina (1839 M). Masjid ini menjadi pusat pengajian Islam, khususnya setelah solat subuh. Kerana ciri khas inilah, maka pada tahun 1868 M masjid ini dikenali dengan nama Masjid Nurus Sobah yang 3 Muhammad Zafar Iqbal, Islam di Jakarta: Studi Sejarah Islam dan Budaya Betawi. (Jakarta: TP Press, 2002) Badri Yatim, Peran Ulama Dalam Masyarakat Betawi. (Jakarta: Yayasan Festival Istiqlal, 1996) Badri Yatim, Peran Ulama Dalam Masyarakat Betawi. (Jakarta: Yayasan Festival Istiqlal, 1996), bererti masjid yang bersinar pada cahaya pagi. 6 Terdapat ramai ulama Betawi yang banyak menyumbang penyebaran Islam di Jakarta, 7 antara lain: Guru Sufiyan, 8 Habib Usman bin Yahya, 9 Sheikh Juneid al- Batawi, 10 K.H. Moh. Mansur, K.H. Abdul Majid, K.H. Mahmud Romli Menteng, K.H. Abdul Mughni dan lain-lain. 11 Menurut Abdul Aziz, sanad ulama Betawi tersambung kepada dua ulama besar al-haramain abad ke-17, iaitu Ahmad al-qusyaisyi dan Abd al-aziz al-zamzami yang seterusnya tersambung kepada tiga ulama yang bernama Mukhtar Atharid, Umar Bajunid dan Umar Sumbawa. 12 Di penghujung kurun ke-19, penyebaran agama Islam di Jakarta semakin meluas dan berkembang dengan baik. Terdapat beberapa faktor yang mempercepat penyebaran Islam di Jakarta, antara lain kejayaan ulama Betawi dalam melahirkan ramai ulama seperti Sheikh Misri di Tanah Abang, K.H. M. Mansur dan Guru Ahmad Marzuki di Cipinang. 13 Dari tangan guru Marzuki inilah lahir ulama-ulama besar dan berkarisma pada abad ke-20, antara lain: K.H. Nor Ali, K.H. Zayyadi, K.H. Syafi ie Hadzami dan K.H. Abdullah Syafi ie. Berkenaan dengan ketokohan Abdullah Syafi ie, Achmad Mubarak menyatakan: 14 Almarhum ibarat seorang yang menanam benih di Betawi. Berkat ketekunan dan keikhlasan beliau, benih tersebut tumbuh menjadi pohon yang sangat subur yang mewarnai kehidupan masyarakat Betawi. Pada waktu itu, antara masyarakat Betawi dan As-Syafi iyah adalah satu. Ketika membicarakan mengenai masyarakat Islam Jakarta, ingatan kita akan tertuju kepada As-Syafi iyah yang dipimpin oleh Kyai Abdullah Syafi ie. 6 Muhammad Zafar Iqbal, Islam di Jakarta, Betawi adalah sebutan bagi satu etnik penduduk asli Jakarta. 8 Sebutan ulama di kalangan masyarakat Betawi dapat disenaraikan antara lain; Tuan Guru, Tuan Sheikh, Ustadz dan Kyai. 9 Manakala ulama berketurunan Arab disebut dengan Habib atau Sayyid. Habib Usman berasal dari daerah Pekojan yang telah menghasilkan 47 kitab dan pernah dilantik menjadi Mufti Betawi. 10 Sheikh Juneid adalah seorang Betawi yang bermukim di Saudi Arabia dan wafat disana. Ia merupakan guru daripada Sheikh Nawawi al-bantani dan Sheikh Ahmad Khatib al-minangkabawi sana. 11 Jaringan dan peran ulama Betawi dapat dilihat secara terperinci dalam Abdul Aziz, Islam dan Masyarakat Betawi, (Jakarta: Logos, 2001) Hasbi Indra, Pesantren dan Transformasi Sosial, (Jakarta: Penamadani, 2003) Abdul Aziz, Islam dan Masyarakat, Achmad Mubarak, (profesor di Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta), temu bual dengan penulis, 14 Disember Berdasarkan pernyataan tersebut maka jelaslah bahawa antara tokoh ilmuan terkemuka yang memiliki sumbangan besar dalam penyebaran dakwah Islam di kalangan masyarakat Betawi Jakarta ialah Abdullah Syafi ie. Latar Belakang K.H. Abdullah Syafi ie Abdullah Syafi ie merupakan salah satu tokoh pendakwah Betawi yang berfahaman ahl al-sunnah wa al-jama ah, ash ariyah dan bermazhab Syafi ie. Beliau dilahirkan di Balimatraman Jakarta Selatan-Indonesia, pada hari Sabtu 16 Sha ban 1329 H bertepatan pada 10 Ogos 1910 M. 15 Abdullah Syafi ie merupakan anak jati Betawi dari tiga bersaudara dari pasangan Haji Syafi i e bin Haji Sairan dan Hajjah Rogayah binti K.H. Ahmad Mukhtar. Beliau dibesarkan ditengah keluarga yang taat beragama dan tarbiyah Islamiah. Meskipun tidak berasal dari keluarga ulama, tetapi Haji Syafi ie berharap agar janin yang sedang dalam kandungan istrinya kelak menjadi seorang ulama. Dalam usia kanakkanak, beliau ditaja oleh datuknya pergi ke tanah suci melaksanakan ibadah haji yang menyebabkan beliau tidak dapat menyambung pengajian. 16 Dalam konteks pergaulan, beliau dikenali sebagai tokoh dua generasi. Meskipun fahaman feqah beliau tergolong konservatif, beliau memiliki hubungan yang dekat dengan tokoh-tokoh moden, seperti Pak Natsir, Prof. Dr. Hamka dan lainya yang dikenali sebagai tokoh pembaharu. Selama hayatnya beliau merupakan seorang pendakwah yang energik, inovatif dan produktif. Ketokohan beliau dalam bidang dakwah terlihat atas penglibatanya sebagai penasihat Majlis Ulama Indonesia (MUI) Pusat. Selain di Jakarta, beliau berdakwah di beberapa tempat, antara lain: Singapura, Malaysia Inggeris, Pakistan, Jerman dan banyak lagi Ahmad Fadli HS, Ulama Betawi: Studi Tentang Jaringan Ulama Betawi dan Kontribusinya, (Jakarta: Manhalun Nasyi-in Press, 2011) Zuhair, K.H. Abdullah Syafi ie: Produk Betawi Dengan Kiprah Nasional dan Internasional, (Jakarta: Adabia Press, 2012) Tutty Alawiyah, K.H. Abdullah Syafi ie Tokoh Kharismatik (Jakarta: UIA Press, 1999) Riwayat Pendidikan dan Guru-Gurunya Pengajian Abdullah Syafi ie berhenti sampai darjah dua di sebuah institusi pendidikan milik penjajah Belanda yang bernama Sekolah Rakyat (SR) Laan Meni, Jatinegara, Jakarta Timur. 18 Walaubagaimanapun Abdullah Syafi ie meneruskan pengajian secara non formal dengan cara mendatangi ulama di Betawi. Pada usia 7 tahun, beliau belajar membaca al-qur an kepada mu allim Djauhari bin Sulaiman di Tebet dan seterusnya kepada mua llim Musannif di Menteng Atas. Kepada mu allim Musannif ini beliau juga belajar ilmu nahu dan sarf dan berjaya menamatkan kitab Matn al-jurumiyah karya al-imam ØanhÉjÊ dan kitab Mutammimah karya Sheikh Abdullah bin Ahmad al-fakihi secara talaqi. 19 Pada tahun 1926 M, beliau berguru kepada mu allim Subki bin Idris dan guru Mahmud bin Ramli dalam bidang akidah dan feqah selama empat tahun. Memasuki umur dua puluh (1930 M), beliau memperdalam ilmu kaedah tata bahasa Arab kepada K.H. Abdul Madjid bin Abdurrahman dan berjaya menamatkan kitab Alfiyah Ibnu MÉlik menamatkannya selama 5 tahun. Selain itu, beliau mendalami ilmu lain seperti ilmu feqah (Fath al-mu Ên dan kitab al-iqné fi Halli al-alféð) yang dikarang oleh AbÊ SujÉ, tafsir (TafsÊr al-jalélayn), ilmu hadith (RiyÉÌ al-øéliíên). 20 Seterusnya beliau berguru kepada K.H. Ahmad Mukhtar di Lemah Abang dan berjaya menamatkan kitab KifÉyah al AwwÉm karya Sheikh Ibrahim al-bajuri dan kitab al-naîé ih al-dêniyah wa al-waîéyé al-iméniyah karya al-habib bin Alawi al-haddad. Beliau mendapat ijazah untuk mengajarkan kedua kitab tersebut. Seterusnya pada tahun 1940 M (berumur 30 tahun), beliau berguru kepada Habib Alwi bin Tahir al- Haddad di Bogor selama dua tahun. Kepada ulama yang kemudian dilantik menjadi Mufti Johor Malaysia ini, beliau memperdalam ilmu usul Feqah (Jam u al-jawémi ). 21 Metode belajar sepertimana yang ditempuh Abdullah Syafi ie ini dalam sejarah Islam dikenali sebagai metode mulézamah. Untuk menyokong kegiatan belajar ini, ia dibekalkan sebuah basikal untuk mendatangi rumah guru-gurunya yang jarak amat 18 Tutty Alawiyah, K.H. Abdullah Syafi ie, (1999) Badaruzzaman Busyairi, Catatan Riwayat Hidup K.H. Abdullah Syafi ie, (Jakarta: t.p., t.t.) Sofyan Hadi, Kegiatan Dakwah K.H. Abdullah Syafi ie, (Jakarta: t.p., t.t.) Sofyan Hadi, Kegiatan Dakwah, (t.t.) jauh, Tanah Abang (13 KM), Karawang Bekasi (25 KM) hingga daerah Bogor-Jawa barat (35 KM). 22 Dari keterangan yang diperolehi, beliau berkesempatan untuk menziarahi Makkah sebanyak 8 (delapan) kali sama ada untuk menunaikan ibadah haji ataupun umrah. Semasa di tanah suci beliau mengambil peluang untuk belajar kepada ulama-ulama muktabar, antara lain Sheikh YÉsin bin IsÉ al-fadénê yang memberikan ijazah periwayatan hadith melalui kitab al- Ajalah fi al-ahédith al-mursalah dan kitab al-muqtaïaf min IthÉf al-akébir. Seterusnya Sayyid AlawÊ bin AbbÉs al-mélikê dengan mempelajari kitab Fath al-qarêb alé TahdhÊb al-targhêb wa al-tarhêb secara talaqqi dan masih ramai lagi seperti Dr. MuÍammad bin AbbÉs al-maliki, Sheikh AmÊn QuÏbÊ, Sheikh AmÊn al-sinqêtê. 23 Dari barisan ulama dan guru K.H. Abdullah Syafi ie didapati bahawa keilmuwan dan keulamaan beliau adalah sangat tinggi.. Metode Dakwah Abdullah Syafi ie Dalam dunia akademik secara amnya, metode dikenali sebagai satu cara ataupun kaedah untuk mendapatkan natijah pengetahuan yang benar dan tepat. 24 Meskipun al-qur an menyebutkan beberapa metode dakwah seperti metode Íikmah, mauiðah dan mujédalah, tetapi pada hakikatnya Allah s.w.t memberikan ruang kepada pendakwah untuk mencipta satu cara yang dianggap sesuai dengan lingkungan masyarakat. Kajian ini mendapati terdapat beberapa metode dakwah Abdullah SyÉafi ie, antara lain: dakwah dengan pertuturan (Da wah bi al-lisén), dakwah dengan tulisan (Da wah bi al-kitébah), dakwah dengan keteladanan (Da wah bi al- Él) dan dakwah melalui parti politik. Perkara ini membuktikan bahawa beliau adalah seorang pendakwah dan ulama yang memahami agama ini dengan baik sepertimana diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Pertama: Dakwah Melalui Lisan Abdullah Syafi ie memiliki bahasa lisan yang amat baik, sama ada dari aspek isi kandungan ataupun pemilihan kata yang tepat bagi sasaran. 22 Abudin Nata, Tokoh-Tokoh Pembaharuan Pendidikan Islam di Indonesia. (Jakarta: Raja Grafindo Persada, 2005) Abudin Nata, Tokoh-Tokoh Pembaharuan, (2005) Rianto Adi, Metodologi Penelitian Sosial dan Hukum, (Jakarta: Granit, ed. ke-3, 2010) Bahasa lisan Abdullah Syafi ie dapat dikaji dari pelbagai rakaman ceramah yang kini sudah berbentuk MP3 ataupun dari keterangan yang diperolehi dari pelajar dan jamaah pengajiannya. Dari kajian yang dijalankan, pendekatan dakwah lisan Abdullah Syafi ie dapat dibahagikan menjadi dakwah fardiyah, ceramah agama dan kelas-kelas formal yang dijalankan di pondok dan madrasah. Dakwah fardiyah Abdullah Syafi ie dilaksanakan menerusi pergaulan yang amat luas di masyarakat. Berkenaan dengan perkara ini, K.H. Hasan Basri yang ketika itu menjawat sebagai ketua umum MUI Pusat menyatakan bahawa beliau memiliki pergaulan luas, mulai dari rakyat jelata hingga pihak pemerintah. 25 Meskipun beliau memiliki karisma yang tinggi, tetapi beliau adalah seorang yang mudah rapat dengan orang lain. Abdullah Syafi ie dapat dijumpai dalam pelbagai program rasmi pemerintah seperti perayaan hari besar Islam ataupun acara keagamaan seperti majlis perkahwinan, tahlil, aqiqah dan lainnya. Banyak kalangan memberi pengiktirafan mengenai sifat ghêrah beliau yang amat tinggi dalam mendakwahkan Islam. Adalah Prof. Dr. Buya Hamka yang mengenalinya semasa perjalanan di kapak laut kota suci Mekkah dan seterusnya terlibat aktif di Majlis Ulama Indonesia (MUI) Pusat, beliau mengatakan: Kalau giliran dia (Abdullah Syafi ie, pen) yang bicara, maka ia bicarakan agama. Maksudnya supaya menteri bisa taat. Supaya ingat akan hari akhirat, kiamat. Tidak hidup di dunia saja. 26 Dalam memberikan nasihat, Abdullah Syafi ie sangat mengambil kira latar belakang sasaran. Beliau terkadang memberikan contoh praktikal secara langsung mengenai suatu perkara yang dinasihatkan. Nawin Hasan menceritakan kisah peribadinya dengan tokoh kajian saat beliau memberi contoh praktikal mengenai cara berjabat tangan yang baik. 27 Kaedah memberi contoh secara langsung seperti ini sering dilakukan, diantaranya: mengambil paku yang tercicir saat pembinaan gedung, membersihkan sisa-sisa simen yang tertinggal dan lain-lain. Tidak hanya dengan para pelajar, dakwah lisan beliau juga disampaikan secara bertatap muka dengan para pemimpin. Adalah Harmoko; Mantan Menteri Penerangan Republik Indonesia menyebutkan bahawa Abdullah Syafi ie tergolong ulama sering memberi nasihat pemerintah Utomo Dananjaya, Khadimut Tolabah Peerguruan, dalam Tokoh Kharismatik, Badaruzzaman, Goresan dan Kumpulan, dalam Tokoh Kharismatik, Nawin Hasan (Pelajar tokoh kajian dan Pengetua SMP Asy-Syafi iyyah Puteri), dalam temubual dengan penulis, 17 April Tutty Alawiyah, K.H. Abdullah Syafi ie di Mata Para Tokoh, Ulama dan Cendikiawan Muslim. (Jakarta: Penerbit Universitas Asy-Syafi iyah, 2010) Hasil kajian yang dijalankan, terdapat dua fokus perbincangan yang diambil berat oleh Abdullah Syafi ie, iaitu galakan mencari ilmu dan akhlak. Pertama, berkenaan dengan perkara ini, Dumyati Ismail menceritakan bahawa tokoh kajian pernah membacakan sebuah baris sya ir kepadanya: al-ùé ir YaÏÊru BijanÉhayhi wa al-insénu YaÏÊru bi Ilmihi yang bermakna seekor burung terbang dengan dua sayapnya, manakala manusia terbang dengan ilmu pengetahuannya. 29 Contoh lain ialah nasihat beliau kepada pelajarnya yang bernama K.H. Kamaluddin yang berbunyi: Kalau ente di masyarakat, jangan mau mimpin tahlil, biar tahlil dipimpin oleh ustaz setempat yang lebih tua, kita yang mengisi ceramahnya. Dalam ceramah tidak boleh mengatakan saya tidak ahlinya, ini tidak boleh. Langsung saja bacakan ayat hadits, terjemahkan dengan baik kemudian diterangkan. 30 Penulis melihat bahawa hal ini bukan bermakna beliau tidak bersefaham dengan tradisi tahlil, tetapi merupakan satu rangsangan supaya lebih mencintai ilmu sehingga dapat menjadi pendakwah yang dapat memberi kemanfaatan lebih besar. Kedua, nasihat yang berkenaan dengan pendidikan adab seperti sikap hormat, kasih sayang, sabar, pemurah dan lain-lain. Di antara perkara yang menjadi tumpuan beliau dalam memberikan nasihat ialah agar menyayangi anak yatim dan mengambil berat dalam urusan mereka. Haji Zainal Abidin menceritakan kisah beliau dengan tokoh kajian sehingga ia meletakkan jawatan sebagai pentadbir kewangan di sebuah kedai membaiki kereta dan seterusnya mengabdi di Pesantren Yatim Asy-Syafi iyyah. Ente kudu sayang ama anak yatim, insha Allah hidup ente jadi berkah. 31 Menurut hemat pengkaji, Abdullah Syafi ie termasuk jenis pendakwah yang gemar berbincang dengan para sahabat, pelajar dan masyarakat, dimanapun dan dalam keadaan apapun. Terdapat contoh dakwah fardiyah lain yang dapat disebutkan disini. Suatu ketika, beliau ziarah ke salah seorang guru yang bernama A. Wahib Mukti yang tinggal di asrama kaki tangan. Secara kebetulan salah seorang anak daripada kaki tangan tersebut sakit demam. Setelah bertanya mengenai perihal sakit, beliau membaca doa yang amat panjang, diawali membaca surah al-fatihah. Tidak berhenti di situ, beliau justru menasihatkan 29 Tutty Alawiyah, Kepemimpinan dan Keteladanan, Tutty Alawiyah, Kepemimpinan dan Keteladanan, Haji Zainal Abidin (anak saudara K.H. Abdullah Syafi ie dan pengasuh Pesantren Yatim Asy-Syafi iyah), dalam temubual dengan penulis, 15 April supaya mengambil berat dalam masalah tarbiyah dan penjagaan anakanak. 32 Melalui pendekatan ini beliau telah membuktikan sebagai seorang pendakwah ulung, yang dakwahnya tidak terhad di mimbar ataupun kelas agama, tetapi juga dilaksanakan di pelbagai situasi dan keadaan. Berkenaan dengan gaya dan bahasa badan Abdullah Syafi ie dalam membawakan ceramah, Tuty Alawiyah menyebutkan bahawa: Semasa beliau mengajar di majlis taklim atau masjid-masjid besar Jakarta dengan duduk bersila, badanya terlihat gagah, tidak bongkok. Dan apabila berdiri di atas mimbar atau podium, terlihat tegak terlihat seperti atlit. 33 Selain di dalam Negara, dakwah Abdullah Syafi ie merentasi luar negara hinggalah ke Malaysia dan Singapura. Beliau mendapat kehormatan melakukan lawatan dakwah di Malaysia bahagian timur melalui jemputan khas daripada Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Haji Abu Bakar. 34 Semasa disana, beliau berkesempatan menyampaikan dakwah dipelbagai tempat, antara lain: Masjid Negeri Sarawak, Gedung Masjlis Agama Islam Sarawak, Komplek Tentara Brigade 4 Kuching, Institut Teknologi Mara dan lain-lain. 35 Abdulah Syafi ie juga pernah menyampaikan dakwah di Alor Star-Kedah, Johor dan Pahang. 36 Sumber lain menyatakan beliau juga pernah berdakwah di negeri Johor selama 3 bulan. 37 Sebagai tambahan, semasa lawatan ke Malaysia juga beliau mendapat kehormatan untuk memandu seorang muallaf untuk mengucapkan dua kalimah syahadat. Penulis hanya dapat memastikan kesahihan gambar dan keterangan yang menyatakan beliau membimbing orang masuk Islam. 38 Manakala di Lembah Klang, beliau pernah menyampaikan ceramah di Masjid 32 A. Wahib Mukti, Kearifan KH Abdullah Syafi ie, dalam K.H. Abdullah Syafi ie Dimata Para Tokoh, Tutty Alawiyah (Putri tertua K.H. Abdullah Syafi ie dan Rektor Universitas Islam Asy-Syafi iyah Jakarta), dalam temubual dengan penulis, 14 April Indonesian Religious Scholars Here For Visit, Sibu, 7 Ogos Liha
Search
Similar documents
View more...
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x