Devices & Hardware

Pemerintah dan Gerakan Islam di Malaysia (The Authorities and Islamic Movements in Malaysia)

Description
No abstract.
Published
of 51
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Related Documents
Share
Transcript
  C MEMBANGUN MINDA B E R W A W A S A N ~ Kesejagatan, Kitaran Ekonomi dan Keupayaan Negara Abdul Latif Haji Salleh Paradigma Pemikiran Malaysia Dalam Era Globalisasi Mohd. Yusof H ass an Datuk Onn Jaafar Pejuang Ketuanan Melayu RamlahAdam Pemikiran Ibrahim Haji Yaacob Sebagai Aktivis Politik Abd ul Latif Baka r Pendemokrasian Gerakan Islam Mohd. Iz an i Mohd. la in Pemerintah dan Gerakan Islam di Malaysia Ahmad Fauzi Abdul Hamid Penagihan Dadah dan HIV di Gangguan Seksual di InstitusiMalaysia Pengajian Tinggi S ha ro l La il Sujak Sabitha Marican Krisis Kew~an di AsiaPasiflk Sahawat i Ha T' f,ln Astronomi, Sains danKetuhanan R am li A bdul Sama d/Cho ng H on Y ew Penyelidikan dan Pembangunan SEMENANI UNG MALAYSIA RM25.00/SABAH & SARAWAK RM30.00 ~ 11 1 1111 1 111 111 1 11 1 1 11 1 111 11 111 ~ lr l 9 771511 055049 KDNPP8381 /4/ 2001  £.EMIKlR Pengerusi Eksekutif Tan Sri Krunarul Ariffin Timbalan Pengerusi Eksekutif Datuk Zainudin Maidin Kelua Pengarang Kumpulan Khalid Mohd.Tim. Kelua Pengarang Kumpulan Hamzab Sidek Kelua BahagianMajalah Maimunah Yusof Lembaga Editorial .:. Ghazali Shafie .:. Dr. Noordin Sopiee .:. Khalid Mohd. ill Hrunzah Sidek .:. Mohamad Abu BakarPenyelaras Pemikir Wan Hamzab Awang (W AHBA)wahba2000@hotmail.com Ketua Pembaca Pruf Majalah A. Latiff Yusoff Pengarah Kreatif Kamaruddin Abu BakarKonsep dan RekaLetak Abdul Rashid Abdul AzizAzmi MukhtarPemikir diterbitkan empat kali setahun oleh Vtusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan kerjasamaInstitut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) (IJ dan jurnal Foreign Affairs. Vrusan Langganan Jabatan Pemasaran,Vtusan Melayu (Malaysia) Berhad,Peti Surat 48,43007 Kajang. Selangor.Tel: 03 -8265555 Faks 03 -8265068/03 -8265064 Pengarah Eksekutif Kumpulan Mohd. Nasir Ali Pengurus Besar PemasaraniPengedaran Wee Teck Kee Urusan Pengiklanan Vtusan Media Sales Sdn. Bhd.,No. 18, Jalan 6/91,Trunan Shamelin Perkasa56100 Kuala Lumpur.Tel.: 03-9855555, 03-9824926, 03-9826025 Faks: 03-92006549 Pengurus Besar Pengiklanan Kumpulan Tengku Mohruned Tengku Taib Pengurus Besar (Celak)Rashid ",amil Pengurus Iklan Jamal Ahmed Urusan Percetakan Harian (Zulfadzli) Sdn. Bhd., Urusan Surat-Menyurat Pengarang Pemikir.No. 18. Jalan 6/91,Taman Shamelin Perkasa56100 Kuala Lumpur.24. Jalan Vsahawan. Kawasan Perindustrian Setapak,Melalui Jalan Genting Klang,53200 Kuala Lumpur. PEMIKIR III Januari - Mac 2001 [iii]  Pemerintah dan Gerakan Islam diMalaysia Ahmad Fauzi Abdul Hamid DR. AHMAD FAUZI ABDULHAMID adalah PensyarahSains Politik di PusatPengajian Pendidikan JarakJauh, Universiti SainsMalaysia, Pulau Pinang.Beliau mendapat pendidikanmenengah di Maktab MelayuKuala Kangsar, berkelulusanB.A. Hons (Politik Falsafahdan Ekonomi) dari UniversitiOxford, M.A. dari UniversitiLeeds dan Ph.D dariUniversiti New Castle UponTyne dalam bidang PolitikGerakan Islam. PENGENALAN DAlAM sejarah perkembangan Islam di Malaysia, telah terpahat kewujudan sebuah pertubuhan dakwah yang bernama DarulArqam dari 1968 hingga 1994. Dalam suasana penuh kontroversi, DarulArqam turut mewarnai suasana kebangkitan Islam yang melanda Malaysia pada suku akhir abad ke-20. Darnl Arqam menonjolkerana ciri-ciri pengasingan yangunik, yang bukan sahaja mencorakkan hubungannya yang bergelora dengan kerajaan Malaysia, tetapi turut membezakannyadaripadagerakan Islam yang lain. Secara umumnya, sistem kehidupan yangdilagang oleh Darnl Arqam dianggap tidak selari, kalaupun tidak bertentangan dengan arns perdana sebagaimana yang direncanakan '" oleh pemerintah liberal-kapitalis Malaysia. Kaedah pengasingan Darul Arqam bermula dari kewujudannyasendiri. DarulArqam tidak pernahdidaftarkan dengan Pendaftar PEMIKIR III Januari - Mac 2001 [111]  Ahmad Fauzi Addul Hamid Pertubuhan. Kesahannya hanya berdasarkan statusnya se bagai sebuah kumpulan pengajian Islam yang tidak formal, yang aktivitinya didaftarkan di bawah nama para individu yang menganggotai Daml Arqam. 1 Status DamlArqam yang tida'kformal membolehkannya bergerak tanpamengikutrentak tari pemerintah. Dengan kekuatan visi, agenda, kaedah dan matlamat yangtersendiri, Daml Arqam kurang tergugat oleh pelbagai teknik pemerintah untuk mengurangkan pengamh gerakan Islam yang lain sepertiAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) , Jemaah Islah Malaysia (JIM) ,2 Jemaah Tabligh dan PartiIslam seMalaysia (Pas). Teknik-teknik tersebut meliputi kooptasi - seperti pembawaan Anwar Ibrahim, Presiden ABIM, dan Nakhaie Ahmad, Naib Presiden Pas, ke dalam kumpulan elit pemerintah, masing masing pada 1982 dan 1989; paksaan - seperti tekanan melalui penahanan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA - Internal Security Act); dan Islamisasi - seperti pembukaan sis tern perbankan Islam, sistem insurans Islam, sistem pajakgadai Islam dan Universiti Islam, lantas merampas agenda gerakan Islam. 3 Sebaliknya, Darul Arqamdibiarkan bergerak hampir bebas sehinggalah pada awaI1990-an, apabila pendedahan cita-cita politiknya menggemparkan kerajaan Malaysia yang mula menyerang DarulArqam sebagai ancaman terhadap keselamatan negara. Kemuncak pertembungan di an tara dua pihak ini pada 1994 menyaksikan pengharaman Darul Arqam secara keseluruhannya, penangkapan para pemimpin Darul Arqam termasuk ketuanya, Ustaz Ashaari Muhammad yang terpaksa diekstradisi daripada Thailand, di bawah ISA; dan pengakuan bersalah mereka secara beramai-ramai yang dipancarkan melalui televisyen ke seluruh negara. Walau bagaimanapun, sejak 1994, kegiatan bekas pengikut ·Daml Arqamterus dipantau.Pada 1996, kerajaan mendakwa beIjaya mematahkan cubaan menghidupkan semula Darul Arqam dengan penangkapan lapan belas bekas pemimpin Darul Arqam. Laporan wujudnya agendatersembunyi untuk menghidupkan semulaDarul Arqam terus mendapat tempat di mediatempatan pada 1999 dan 2000. Berdasarkan [112] PEMIKIR BiZ. 23  Pemerintah dan Gerakan Islam di Malaysia senano semasa, persoalan sarna ada episod konflik an ara Darul Arqam dengan kerajaan Malaysia telah berakhir sepenuhnya masihdiselubungi kekaburan. LATAR BELAKANG DARUL ARQAM SEBAGAIGERAKANISLAMDarul Arqam ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1968 oleh seorang guru agama, Ustaz Ashaari Muhammad. SebelummerintisDarul Arqam sepenuhnya, Ustaz Ashaari aktif dalam gerakan Islam yang lain seperti Pas,ABIM dan Jamiatul Dakwah Islamiah. Walau bagaimanapun, keyakinan UstazAshaari terhadap kaedahnya yang tersendiri dalam membangunkan jemaah Islamiah mendorongnya meninggalkan pertubuhan-pertubuhan tersebut dan awatannya sebagai guru agama kerajaan. Kelainan Ustaz Ashaari dipaparkan, sebagai contohnya,melalui cawangan Pas yang dipimpinnya di Sungai Leman, Selangor,yang telah membangunkan komuniti Islam contoh yang mengandungi kedai-kedai, tanah pertanian danentera khidmat masyarakat. Walhal tumpuan Pas pada masa itu hanya kepada politik pilihan raya. Pendek kata,DaruIArqammerupakanpenzahirancita-citaIslamUstazAshaari yang diperjuangkannya tanpa bantuan mahupun hubungandengan pihak pemerintah dan aktivis Islam lain. 4 Pada 1971, kumpulan pimpinan UstazAshaari dengan rasminya menggunakan nama 'Darul Arqam' untukjemaah mereka. 5 Namatersebut dipilih sebagai memperingati seorang sahabat Rasulullahs.a.w., al-Arqam ibn al-Arqam, yangtelah menjadikan rumahnyadi Mekah sebagai pusat melancarkan dakwah Islamiah. Pemilihan nama 'DaruIArqam' menandakan sebuah perubahan ke arah dakwah yanglebih luas, melampaui batasan kawan-kawan dan jiranjiran UstazAshaari.6 Selepas beberapatahun bertukar markas dan bekerjasama denganprogram gerakan Islam yang l<tin, pada 1973, U staz Ashaari dan pengikutnya telahmerintis perkampungan Islam contoh yang pertama di atas tanah lima ekar di Sungai Penchala, dua puluh . kilometer dari Kuala Lumpur. Pembelian tanah itu tercapai hasil PEMIKIR II Januari - Mac 2001 [113]

Povo Inuit

Mar 3, 2018

Povo Inuit

Mar 3, 2018
Search
Similar documents
View more...
Tags
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x